Followers

Wednesday, July 21, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 12

            Lembaga putih itu semakin hampir! Bau busuk semakin kuat menusuk hidung Kadir dan isterinya. Bau seperti mayat yang sudah lama terbiar. Kadir berhempas pulas untuk menghidupkan keretanya. Wani sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya mampu melihat satu lembaga putih yang busuk menghampiri mereka.
            
             "Ya Allah!!! Apa nak jadi ni!!!!" Kadir trus cuba menghidupkan keretanya. Namun sia-sia. Tiba-tiba, lembaga itu hilang. Wani melilau dan memerhati sekeliling jikalau lembaga itu muncul di mana-mana. Tidak juga kelihatan...Kereta Kadir akhirnya dapat dihidupkan. Segera kadir memecut laju meninggalkan tempat itu. Dimana mereka sekarang? Kadir tak pernah lihat kawasan ni? Kadir tawakkal dan terus memecut keretanya ke mana sahaja asal dapat keluar dai tempat sunyi itu.
           
                "Kita kat mana ni bang?" Wani bertanya. Dia musykil mereka berada di tempat yang sunyi serta gelap. Tak pernah mereka sampai ke sini sebelum ni. Kadir tidak menjawab. Terus sahaja dia memacu kenderaannya dan mencari jalan keluar. Akhirnya mereka sampai ke sebuah kawasan kampung. Dia mana pula mereka ni? hati kecil kadir terdetik. Kadir melihat kampung itu sunyi. Hanya lampu jalan yang menerangi kawasan itu. Mungkin kerana sudah lewat malam, tiada siapa yang keluar rumah. Kadir terus memacu kenderaan nya mencari jalan keluar.
               Setelah melalui beberapa simpang, mereka akhirnya sampai ke bandar. Lega rasanya. Wani masih diselubungi ketakutan yang teramat. trauma nya paada kejadian tadi masih tidak hilang. Kadir segera memandu ke rumah. isau akan sesat lagi nanti. Setibanya di rumah, Kadir merebahkan
badannya di sofa. Letih yang terlampau meguasai badannya.
          
               "Abang, wani takut..."Isterinya sudahdiselubungi ketakutan yang teramat. Kadir cuba mententeramkan isteri kesayangan nya itu....
          
               "Jangan takut ek? Abang sentiasa ada di sisi wani." Kadir terus membawa isterinya ke bilik tidur. Biarlah isterinya tidur dahulu baru dia mandi. Risau nanti isterinya masih trauma. Setelah isterinya tidur, kadir ke bilik mandi untuk menyegarkan badannya yang sudah penat itu. selesai mengurus diri, Kadir turun ke dapur untuk meneguk segelas air. Haus tekaknya masih terasa..
          
              "hehehe!! Itu hanya amaran dari aku!" Tiba-tiba, satu suara halus menegurnya. Kadir mencari-cari punca suara itu. Suara yang selalu mengganggu kehidupannya!!
         
              "Mana engkau!! Keluar!!"
             "Hehehehe...aku tak perlu keluar...aku hanya nak tuntut janji engkau!!"
             "Janji apa?? Apa yang aku janjikan???"
             "Apa kau sudah lupa janji engkau padaku? Apa engkau lupa malam ini malam apa? Atau kau buta tak melihat keindahan bulan malam ini??"
            "Ya, aku ingat! kalau aku tak nak tunaikan, apa kau boleh buat??"
            "hehehehe!! Dasar manusia tak amanah! Apa yang kau lihat sebentar tadi adalah alamku. Kalau kau tak tunaikan janji, akan ku heret ahli keluarga mu seorang demi seorang ke alamku!!!"
            "keparat kau!! Nak ugut aku ya!!"
            "Lebih baik kau tunaikan janji kau, atau, kau akan kehilanan orang pertama....hehehe....aku tunggu sehingga metahari terbit..."
             "Kadir sudah tidak punya banyak masa...lalu dia keluar mencari kambing hitam. Di mana dia nak cari?? Malam2 macam ni??? wani pula takkan nak tinggal seorang di rumah???.....Ah!!! Hanya tinggal 4 Jam sahaja lagi!!!....(bersambung...)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails