Followers

Monday, July 19, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep10

Kadir Menoleh ke belakang. tidak ada apa2 melainkan hanya pintu yang tertutup rapat. Kadir melilau ke sekitar bilik. memapah isterinya ke atas tilam.
"Aku tak tau kau siapa. Aku tak tau kau dari mana! Jangan ganggu hidup aku!!"
"Ganggu hidup engkau? bukankha aku bagi engkau senang? aku bagi harta?"
"Tapi ni harta orang! Aku tak nak!!"
"Owh, kalau begitu, aku akan tolong engkau pulangkan. Macam mana?"
"Betul?"
"Iya, kalau itu kemahuan kau. Engkau sekarang tuan aku. aku akan buat apa sahaja yang engkau nak."
"Baik, kau pulangkan semua barang ni."
"adakah ini arahan engkau?"
"iya!! Ini arahan aku!"
"Engkau tuan aku? Pasti?"
"Iya!! Sudah! Pulangkan semua ini!"
"hehehehe!!! Baiklah! Aku akan pulangkan sekarang...tinggalkan semua barang itu di bawah katil. Jangan lihat sehingga esok..."
Kadir meletakkan semua barang tersebut di bawah katil.
"Macam mana dengan isteri aku?"
"Jangan risau, dia akan sedar nanti...hehehehehehe..."
Bunyi ketawa itu beransur hilang..."Abang...apa dah jadi?"
Wani terjaga dari lena sebentar tadi...Kadir hanya membatu. Peluh membasahi badannya.....dilihatnya barang tadi masih di bawah katil. Kadir tak mahu mangambil risiko untuk melihat lagi. Itu janjinya....

            Esoknya, Kadir bangun lalu melihat bawah katilnya. Hanya daun pokok yang ada. Semua harta yang dilihatnya semalan telah lesap. Kadir mengajutkan isterinya untuk solat subuh. Hai itu, semuanya berjalan seperti biasa. Zul juga gembira semua hartanya telah kembali. Ntah bagaimana semua hartanya berada di tempat asal. walaupun tempat tersebut berkunci rapat....

            Seminggu berlalu Kadir tidak lagi diganggu makhluk itu. Hidupnya terasa lebih aman. Tidak lagi dibelenggu kehidupan gelap makhluk itu. Wani juga sudah semakin sihat. Tidak lagi trauma untuk tinggal seorang di rumah.  "Abang, esok ulang tahun perkahwinan kita. Kita makan di luar ek?" Wani mengingatkan suaminya.

"Owh, ya. Abang hampir lupa. Ok2, esok kita makan kat luar. Lagipun esok abang boleh balik awal."
Kadir bersiap ke pejabat seperti biasa. Tiba2, Preeeeeeeeeeeeettttttt!!!!!!! BBBAAAANNGG!!! Kadir terlanggar seseorang! Seperti budak yang melimpas jalan. Mmg sah dia dah langgar!!  Dia segera keluar melihat apa yang terjadi. "Aduh!!! anak siapa la ni!!! Mampos aku kali ni!" Kadir tergamam melihat sekujur tubuh budak dalam lingkungan umur 7 tahun terbaring berlumuran darah. Keretanya remuk berdarah di bahagian hadapan. Nak lari pun x guna. Keretanya sudah ada kesan darah. Kadir menelefon polis. Melaporkan perkara itu.
      Jalan yang yang sunyi menyebabkan Kadir sukar mendapatkan bantuan. Tiada kereta yang melimpas kalau jam sebegini. Pukul 7 pagi masih terlalu awal. 30 minit kemudian, sebuah kereta polis bersama sebuah ambulan tiba. Dua orang anggota polis keluar dan berjabat tangan dengan Kadir.

"Maaf tuan, saya tak sengaja. Betul! saya tak sengaja. Dia limpas macam tu je."
"Ok2, kita tgk dulu. Mana mayat budak tu?"
"Kat depan tuan. kat sini...eh? kenapa jadi macam ni???? Apa ni???" bederau darah Kadir melihat apa yang ada di hadapannya....(bersambung...)

5 comments:

  1. "dia limpas macam tu aje" ketara alu sarawakian.. haha! limpas ya xpat dibulak.. hehe! cepat2 next episod.. adoi! hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha!! Penulis sarawak la katakan...tggu k? esok next episode!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails