Followers

Monday, July 26, 2010

Toyol dan kisahnya Ep17

  Pagi itu, Kadir bagun awal. Dia keluar mencari bahan-bahan untuk menyediakan tapak untuk toyolnya. Kini dia pasti bahawa toyol yang datang kepadanya ada gunanya. Dia sudah nampak niat Zul yang cuba mengkhianatinya. Tapi apa pula yang terjadi di pihak Zul? Kadir sedikit pun tidak tahu. Lantas dia segera menyiapkan tapak toyolnya itu. Wani hairan melihat suaminya bangun awal untuk menyiapkan semua itu. Tidak pernah pula dia lihat suaminya begini. Wani takut untuk bertanya. 

            Setelah siap, Kadir menimbus kawasan tersebut dengan tanah merah. Takut bau darah itu naik ke rumah pula. Kadir melihat hasil
kerjanya. Ah! Tak sanggup menahan bau bangkai itu! Kadir meletakkan setanggi di sekeliling kawasan itu untuk menghilangkan bau busuk yang teramat! selesai sahaja kerjanya, Kadir bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

************************************************************************************
    Zul memandu keretanya melalui lorong kecil di kawasan kampung itu. Dilihatnya kawasan itu agak ramai penduduk. Kanak-kanak riang bermain. sehingga tiba di hujung kampung, kemeriahan itu makinj kurang. Keadaan semakin sunyi dan Zul semakin menghampiri kawasan kubur. Di sekelilingnya indah sawah padi yang meghijau. setelah melimpasi kawasan sawah itu, Zul tiba pula di kawasan perkuburan. Agak sunyi dan kosong. ada beberapa buah rumah di situ. Mungkin rumah penggali kubur dan pengusaha sawah. Kadir meneruskan lagi perjalanan nya itu. Sehingga sampai ke sebuah rumah yang agak besar. Rumah dua tingkat itu  dimiliki oleh sebuah keluarga si penggali kubur.Zul memberi salam. Salamnya di balas dan seorang perempuan yang agak berumur keluar. dia hanya tersenyum dan menjemput Zul masuk ke rumahnya.
  
          Zul terlihat seorang lelaki  seperti mayat reput di dalam rumah itu. Tapi masih bernafas dan matanya melilau ke sekeliling rumah.
           "ini mayat suami makcik."
           "Mayat? Kenapa masih hidup?"
           "Inilah balasannya. Dia membela banyak benda halus. Di dalam badannya sahaja sudah ada 7 ekor. sudah banyak ikhtiar makcik buat. Sudah berpuluh-puluh dukun makcik panggil. tapi masih tak dapat nak selesaikan masalah ni."
            "Dia bela hantu apa makcik?"
           "Banyak. Makcik pun tak berapa ingat."
          " habis, takkan nak biarkan dia macam ni?"
       "Menurut kata dukun dari Indonesia hari tu, hantu ni tak dapat nak dibuang semuanya. Kena dipindahkan tuannya. Baru dia akan keluar."
          "Kalau macam tu, saya ambik sebahagian. Macam mana?"
          "Kau tak takut ke nak? Kau tengok pakcik ni. Nak mati pun payah."
         "Tak megapa. Asal pakcik ni dapat pergi dengan aman."
       "Baiklah, malam nanti kita bincang debgan pawang keman. Dia yang simpan semua pusaka hantu ni.                   Tapi, boleh tak kamu hangan pergi ke mana-mana sehingga malam ni? Sebab anak makcik pun nak ambik separuh belaan ayah dia ni."
           "Ok, saya memang nak tinggal sini kejap. Jauh kalau nak balik."
          
            Makcik itu hanya tersenyum. akhirnya Zul bertekad untuk mengenakan Kadir dengan belaan nya.

**********************************************************************************

                 Pawang keman datang dengan membawa sebuah beg. Zul dan Ilham, anak pakcik Zuli yang nazak itu. Pakcik Zuli dahulunya seorang guru silat yang digeruni. Jika bertarung, tak pernah sesiapa pun yang berjaya menyentuhnya. Malah, dengan hanya 3 tumbukan, pak Zuli mampu membunuh orang!
              
                 "Kamu berdua ni memang dah nekad nak ambik benda ni? Kalau dah ambik tak boleh nak patah balik."
                 "saya tahu pakcik. Saya sanggup demi ayah saya." Ilham yang berbadan agak sasa menjawab. Dia juga bekas anak murid ayahnya itu. Seni persilatan yang kini sudah hampir dilupakan.
                    
                  "Kamu pula wahai anak muda?"
                "saya pun sudah bersedia. Saya ambik sebab urusan kerja. Kerja saya agak merbahaya. Jadi, saya perlukan pendamping."
                " Baiklah, kalau diikutkan keperluan kamu, Ilham akan ambil pesaka keris emas 7 keturunan ini. Kamu kena mandi di sungai hujung kampung ni pada setiap malam Jumaat. Selepas 3 minggu, kamu akan didatangi 5 lembaga yang akan kamu bela. Mereka akan kemukakan syarat. Kalau kamu tidak turuti syarat mereka, kamu akan binasa. Kamu sanggup?"
                 "Ya saya sanggup!"
              "Kamu pula Zul, kamu ambil keris perak dan keris kecil ini. Kedua-dua keris ini mesti diasah setiap malam bulan purnama dengan limau kasturidan dibalut dengan kain kuning ni. Kalau boleh, mandikan dengan asap kemenyan. Setelah 3 minggu kamu akan didatangi seekor toyol. dia akan mintak yang bukan-bukan. Kamu turutilah selagi mana kamu nak jaga dia. Ini bukan toyol biasa, dia toyol bersumpah. Pakcik harap kamu faham jika dah bersumpah ni."
               "Faham pakcik. Tapi, yang lain macam mana?"
            "Yang lain kamu jangan risau, pakcik akan jaga. Kalau ada apa-apa masalah, kamu jumpa pakcik..."
                

Toyol bersumpah sudah jadi milik Zul....apa pula yang akan jadi selepas ini? (Bersambung..)
              
                    
          
          
    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails