Followers

Showing posts with label Local. Show all posts
Showing posts with label Local. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

misteri kereta usang menjelma jadi teksi

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

  Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

  Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

  Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

  Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

  Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

  Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

  Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

  Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

  Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.  

  Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

  Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

  Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.  

  Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

  Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

Friday, July 2, 2010

Penunggu..

Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

Cerita Asal : ayang2 (wangsa maju)

Lembaga di damansara



Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam.
Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".
"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.
"Well, I hope you’re free today coz we’ve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas.
Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang tau sangat pasal projek ni.
Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap.
"What’s that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.
Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku. Aku lihat bos aku dah pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "It’s a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.
Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama seminggu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails