Followers

Sunday, July 25, 2010

Toyol dan kisahnya Ep16

Kadir bergegas ke rumah Zul setelah selesai kerja. Dia memberitahu wani bahawa dia terpaksa balik lewat sedikit. Kadir memacu keretanya ke rumah Zul dengan pantas. Risau apa yang telah dilakukan oleh toyolnya kepada Zul.
      Setibanya di rumah zul, Kadir segera memberi salam. Salamnya disambut oleh suara zul yang agak lemah. Zul menjemput kdia masuk. Alangkah terkejutnya Kadir melihat wajah Zul yang teruk dicakar!
      "kenapa kau ni Zul?"
      "aku tak tau nak cakap macam mana Kadir..kalau aku cakap nanti, aku takut kau tak percaya."
      "Kau kena cakar toyol?"
      "eh, Mana kau tau?"
      "aku teka je. Betul?"
     "Ya, malam tadi semasa aku tidur, ada 1 lembaga kecil datang. Dia ketawa kuat dir! Lepas tu cakar muka aku ni. aku nak lawan, tak dapat. kuat benar dia tu."
     "Macam mana  dia boleh cari kau?"
    "err...aku pun tak tau la kadir."
     "Tak apa lah. Kau pegi jumpa doktor cepat. Nanti makin parah.."Kadir menepuk-nepuk bahu kawannya itu. Dari percakapannya, Kadir tahu bahawa Zul cuba mengambil wang syarikat simpanan nya. Berguna juga toyol belaan nya itu. Sesuai dengan jawatan yang dipegangnya sekarang. Kadir meminta izin untuk balik.
    "Oh...rupanya kau bela toyol ya Kadir...patutlah paak guard hari tu nampak budak kecil dalam kereta engkau...dan engkau lah yang curi duit aku dulu...." Hati kecil zul berbicara. sengaja dia menguji Kadir. ternyata telahannya selama ini tepat.
    "Kau nak tikam aku dari belakang ya...jangan harap!" Zul menutup pintu rumahnya setelah kadir hilang dari penglihatannya.

    Setibanya di rumah, kadir terus ke biliknya dan mengunci pintu. wani pelik dengan sikap suaminya.
    "Toyol, keluar kau! aku nak berbicara  dengan engkau!" kadir menyeru toyolnya untuk keluar. Tiba-tiba angin sayup-sayup meniup. biliknya menjadi sejuk seketika. Lalu kedengaran suara halus berbicara.
   "Hehehehe..apa tuan? sya datang menurut perintah."
   "Apa kau dah buat kepada Zul? Kenapa Zul sanggup curi duit tu?"
  "Heheheh...aku cuma memberi sedikit pengajaran! kenapa dia curi? itu tuan tanya sendiri kepadanya. Aku tidak tahu. Tugasku hanya mengambil kembali harta tuan."
  "Aku tak tau kenapa Zul sanggup buat aku begini!"
   "hehehe...selagi bernama manusia wahai tuanku!"
   "Baiklah, tugas kau dah selesai setakat ni. Kau boleh pergi."
   "Baik tuan, saya pergi. Tapi jangan lupa setiap bulan purnama. dan satu lagi, kalau tuan hendak menyeru saya, ada lebih baik tuan sediakan satu tempat. tempat itu hendaklah disiram dengan darah kambing hitam dan ditabur dengan air limau kasturi. saya akan bertapak di sana. carilah saya di sana setiap kali tuan ada permintaan. hehehe..." Suara itu berabsur hilang dan lenyap....Kadir segera membersihkan diri. Malam itu, Kadir masih teringatkan zul. Tak mustahil Zul akan melakukan perkara yang lebih teruk 1 hari kelak. Lantas dia berazam untuk menyediakan tapak untuk toyolnya esok....(bersambung)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails