Followers

Friday, July 16, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep7

"ARGHHHH!!! Hahahaha!!! HAAAAAAAAAAAAAA!!!!" Isteri Kadir ketawa bagai budak kecil. Kadir segera cuba mententeramkan isterinya.

"Kenapa ni Wani! Jgn nak main2!!"
"Hehehe!! Siapa main-main? Nak bermain? Hehehe!!" Ah! Suara Wani lain benar! Seperti suara seorang budak kecil! Matanya tertutup rapat. Kadir tak tahu nak berbuat apa. Tgh2 malam mcm ni nak mintak tolong dgn siapa?
"Kau siapa?" Kadir bertanya.
"Aku hamba mu! Aku buat apa yang engkau suruh! Hehehe!! Sekarang aku nak upah!"
"Hamba? Bila aku jadi tuan engkau? Kau jagan nak main2 dgn aku!!" Kadir pening! Bila dia bela benda2 x senonoh ni!!

"Mana boleh engkau cakap begitu! Kita sudah buat perjanjian!! Sekarang aku nak upah!! Kalau tak, isteri engkau aku ambil darahnya!!!
"Ok2!! Kau nak apa? Cakap je!" Kadir taku dgn ugutan lembaga tu.
"Hehehe!! aku nak alat permainan! Aku nak bermain!"
"Mainan apa?"
"Anak patung! Kau lumurkan dengan darah ayam kampung!"
"Ok2!!! Esok aku belikan! Mana aku nak letak anak patung tu?"
"Letakkan kat belakang rumah. Esok malam sebelum bulan penuh, aku nak anak patung tu ada! Kalau tak, darah isteri kau aku ambik sebagai ganti....hehehehe!!!!" Lalu Wani rebah dangan peluh yang melencuni bajunya. Kadir melilau sekeliling.Mana tau "benda" tu ada di sekitar biliknya.
"Abang, apa yang berlaku tadi? siapa budak tu?"
"Budak mana?"
"Budak yang abang nak pukul depan pintu tadi la"
"eerr..tak, tak tau..dah2. Esok abang cita."
Kadir masih panik. Apa yang hendak dia buat lepas ni....Wani terus tido kerana terlalu letih.
Malam tu, Kadir x tentu nak tido...apa yang lembaga tu nak? Macam mana dia leh cakap yang Kadir ni tuan dia. Bila pulak dia buat perjanjian dengan lembaga tu...?
Sehingga letih berfikir, Kair tertidur...
Keesokan paginya, Kadir menceritakan semua perkara yang berlaku pada malam tadi kepada Wani. Wani tek mampu untuk berkata apa2...."Nak bagi ke tak anak patung tu?"
"Bagi je la bang...Wani xnak mati kena lembaga tu.."
Ahernya Kadir akur. Dia ke pasar membeli patung yang di mahu lembaga tersebut. Kemudian dia ke kampung terdekat untuk mencari ayam kampung. Jumpa jua ahernya.
"Eh, Kadir! Kau buat apa kat sini?" Ustaz Shaari menegur Kadir.
"Owh, Ustaz!" Kadir terfikir untuk meminta pertolongan Ustaz Shaari. Nasib baik berjumpa Ustaz.
"Er, Ustaz, boleh kita berbincang sekejap?"
"Baiklah, macam ada masalah je ni. Jom kita ke kedai kat sebelah tu." Ustaz Shaari mempelawa Kadir ke warung terdekat.
"Baiklah, apa masalah kamu?"
Macam ni Ustaz..errrr agghhh!!! Tolong ustaz!! Arghh!!!"
"Eh, Kenapa kamu ni?" Kadir tiba2 tercekik. Mukanya merah!! Lehernya seperti dicekik!! Kadir rebah ke lantai!! Ustaz Shaari terus mencari ikhtiar. Org di sekeliling sudah ramai berkumpul. Kadir terus berlari masuk ke dalam kereta dan memecut laju! Ahernya Kadir lega. Siapa yang merasuknya untuk berlari ke dalam kereta? Kadir pasti, lembaga tersebut yang melakukan semua ni! Tiba2 dia teringatkan Wani!!! segera dia telefon Wani untuk memastikan isterinya selamat. Namun, panggilan nya tak dijawab! Kadir panik dan bergegas ke rumah! Setiba di rumah, Kadir tergamam melihat isterinya hanya terduduk berlumuran darah!
"Kadir!! Kau nak langgar syarat!"
Isterinya berkata. Mulut Isterinya penuh darah!...
"Tak! Maaf! Aku tak buat lagi! tolong! Lepaskan isteri aku!"
"hehehehe...kau bernasib baik. Aku tak bunuh isteri engkau! Aku hanya ambik sikt darahnya sebagai ganti perbuatan engkau!"
"Jadi, lepaskan Isteri aku!"
"Boleh! Tapi kau mesti bersetuju dengan syarat yang akan aku bagi!"
"ok2! Aku setuju! Apa syaratnya??"
"Hehehehe...." (Bersambung...)

2 comments:

  1. byk lagi persoalan yg belum terjawab
    toyol mengambil kesempatan di atas kesimpatan kadir, adoi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails