Followers

Friday, July 23, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 14

             Kadir menghela nafas panjang...tercapai jua apa yang diusahakan. tapi siapa pula yang hantar semua ni? Siapa lagi yang tahu akan hal ni? Kedengaran sayup-sayup laungan azan subuh. ah! sudah subuh rupanya. Kadir segera mengangkat wudhuk dan solat berjemaah dengan isterinya. Nasib hari itu sabtu...Kadir bercuti...

           "abang, siapa yang hantar tulang-tulang tu semua? Ada orang ain yang tahu ke?" Wani bertanya. Kadir juga tidak tahu siapa yang menghantar. Setahunya, hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu.
          "Entah la. Abang pun tak pasti siapa yang hantar. Yang abag tahu, kita je yang tahu semua ni. Abang pelik la." Kadir mula berfikir, siapa lagi yang tahu. Takkan hantu tu yang hantar?? Kadir pening memikirkan semua itu. seharian dia berfikir tentang perkara itu. Hatinya mula rasa tidak senang...wani juga begitu. Persoalan tersebut terus menghantui kotak pemikiran mereka.
      
               Matahari mulai terbenam. Kadir penat mengemaskan belakang rumahnya yang bersepah. Dilihatnya kawasan tulang yang ditanamnya alam tadi, seperti tidak terusik. Kadir cuba menggali balik lubang itu. setelah digali, masih ada plastik sampah itu. sama seperti yang dia tanam awal pagi tadi. kadir memberanikan diri membuka bungkusan itu dan...AHHHH!! Alangkah terkejutnya Kadir bila melihat plastik itu kosong! Hanya darah kambing sahaja yang ada. mana perginya tulang-tulang yang ditanamnya awal pagi tadi? Hmm...sudah tentu lembaga tu memakannya. Kadir menimbus semula lubang itu dan masuk ke dalam. Belum pun sempat menjejakkan kaki ke dalam rumah....
         "wahai orang muda!! tahniah!! Kau memang seorang yang amanah!! Hehehe!!"
         " Apa lagi yang kau nak?" kadir memandang ke belakang. Tidak ada sesiapa pun di belakangnya. Mana datangnya suara tadi?
       "jangan risau! Aku hanya ingin mengucapkan terima kasih! Hehehehe!! Ingat! jangan cuai lagi!"
       "hei! Siapa yang hantar tulang tu kat depan rumah aku pagi tadi?"
       "Mana aku tahu! Yang aku tahu, kau dah jalankan tugas kau! hehehe!!!"
       "Baik kau bagi tau, siapa engkau dan kenapa kau ikut aku?"
       "hehehe!! Nampaknya kita seperti belum berkenalan...aku toyol, hamba kau untuk membuat kau kaya!! Hehehe!!"
       "Kenapa ikut aku?"
       "Kerana kau tuan aku..hehehehe!!"
       "Bila masa aku jadi tuan kau!jangan nak melawak!"
      "kau dah lupa? Kau sudah mengaku sebelum ni!! Ini perjanjian kita!!" suara itu beransur hilang...Kadir bingung....kenapa dia mudah mengikut perasaan..siapa yang hantar toyol tu kepada aku?? Aku tak minta pun!! Kadir segera masuk ke dalam ingin mandi...
        "Wani, abang nak makan lepas mandi..tolong siapkan makanan." Kadir terus ke atas untuk mandi. Wani hanya mengangguk dan menyiapkan makanan untuk suaminya.setelah selesai mandi, Kadir segera turun dan makan. Sudah menjadi tabiatnya, makan dahulu sebelum solat. Ntah apa punya perangai dia ni. Wani solat awal sebelem menyiapkan makanan Kadir. selesai makan, Kadir naik ke atas untuk solat Maghrib, manakala wani pula ke dapur untuk mencuci pinggan.
       
         ARRRGGGGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!! TTTTOLOOOOOOOOONGG!! Wani!!! Kedengaran suara kadir dari tingakat atas meminta tolong! Wani bergegas ke atas!! (Bersambung..)
      

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails