Followers

Showing posts with label cerita hantu. Show all posts
Showing posts with label cerita hantu. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Malam yang sunyi

Malam itu, Shuhaida balik dari kerja. Maklum la, kerja kat supermarket memang balik lewat malam. Hari tu, agak malang bari Shuhaida kerana kawan sama kerja tak turun kerja. Maka, terpaksa la dia balik kerja berseorangan. Laluan yang dia guna setiap hari memang agak sunyi. Gelap dan jauh dari kawasan kediaman. Kiri dan kanan semak samun. Yang lalu lintas hanya beberapa buah kenderaan yang menyeramkan. Khuatir juga kalau-kalau orang jahat hendak merogolnya.
     
        "Aduh! kenapa la jauh sangat rasanya rumah aku hari ni! dah penat aku jalan ni!" Shuhaida merungut kepenatan. Mungkin kerana perasaan risau yang mendalam membuatkan Shuhaida rasa agak jauh. Tiba-tiba dia terpandang sebuah kereta rosak di hadapan. hairan juga, tadi ada juga kereta lalu lintas, tetapi tak pernah pula dia lihat kereta itu. Kereta tanpa nombor pendaftaran itu bernyala lampunya. Seorang perempuan duduk di hadapan kereta itu. Ah! Nasib perempuan! Kalau lelaki, entah apa yang hendak dia lakukan kepadanya.
     "Er, puan kenapa? Kereta rosak ek?" Shuhaida memberanikan dirinya untuk menegur.
    "A'ah. Tak tau la apa masalah kereta ni. tadi elok je. Adik buat apa malam-malam kat sini?"
   "Owh, saya baru balik kerja kak. Nak balik la ni."
   "Em, kalau macam tu, boleh tolong akak sikit?"
   "Tolong apa kak?"
   "Akak nak pinjam telefon. Nak telefon mekanik. Boleh?"
   "Boleh! Nah, akak pakai la dulu."
   "terima kasih!" Kakak itu segera menyambut telefon Shuhaida. setelah berbual seketika, perempuan itu memberikan kembali telefon bimbit Shuhaida. Shuahida meminta diri untuk balik.
   "Saya balik dulu ek? Akak jaga diri tau. Eh, akak siapa nama ek?"
   "Nama akak Salma. Baiklah, jaga diri elok-elok bila balik tu." Kak Salma tersenyum. Shuhaida meneruskan perjalanannya. Setibanya di rumah, ibunya sudah menunggu.
   "Baru balik? Mesti penat tu. Dah, pergi mandi."
   "Baik mak." Shuahida pergi ke bilik mandi untuk mandi.
   "Eh, kenapa busuk sangat bau kau ni? bau bangkai! Kau buat apa?"
  "Bau busuk? Mungkin bau longkang kot. dah la, Shu nak mandi ni." Shuhaida terus ke bilik mandi.
**********************************************************************************

Bam! bam!! Pintu rumah Shuhaida diketuk. Bila shuhaida membuka pintu, dua orang anggota polis di hadapannya. "Ada apa encik?"
                   "Sila ikut kami ke balai. Anda dikehendaki memberi keterangan atas kematian Encik Shahril Ariffin." Salah seorang anggota polis itu berkata.
                  Shuhaida kaget seketika. Diikutnya sahaja polis itu ke balai polis. setelah diperiksa, sememangnya dia kenal Shahril itu siapa. teman lelakinya. tetapi, bila pula shahril mati? Kenapa dia pula yag disyaki? Shuhaida dibawa ke Hospital untuk mengecam mayat Shahril.
                 "Saudari kenal mayat ni?" Ah! sungguh ngeri! Lehernya dikelar teruk!
                "Ya, saya kenal...."
                "Mangsa disahka mati malam semalam. Pukul 11:25 malam di jalan Sutera, Kampung kelopak. Awak setiap malam melalui jalan in i untuk balik kerja bukan?
               Shuhaida terkejut! Ya, dia melalui jalan itu malam tadi. tetapi dia tidak menemui Shahril. Dia memeriksa telefon bimbitnya. Ah! kak Salma! dia yang telefon! menggunakan telefonnya!
               "Tuan! Bukan saya yang bunuh! percayalah! Kak salma yang bunuh!!!"
               "Apa? Kak Salma? Awak maksudkan Salma Ahmad? Bekas kekasih si mati dua tahun lepas?"
               "Saya tak tahu apa hubungan mereka dan saya tidak kenal sangat dengan Kak Salma. Tapi malam tadi dia yang saya jumpa. dia yang gunakan telefon saya untuk hubungi Shahril."
             "Mustahil...."
            "Kenapa tidak? Dia brsama saya malam tadi!"
             salah seorang aggota polis perempuan membawa Shuhaida ke peti mayat yang satu lagi.
           "Adalkah perempuan ini yang awak maksudkan?" Sambil membuka peti mayat itu. Alangkah terkejutnya Shuhaida melihat perempuan yang sama malam tadi....Ya, memang dia!!
          "Dia dah mati minggu lepas. Juga di kawasan yang sama. Macam mana awak boleh kata awak jumpa dia?" Shuhaida terjelopok...tidak percaya apa yang dia lihat....
         

Tuesday, July 13, 2010

Toyol dan kisahnya Ep4


Semakin hampir dengan kereta, hati Kadir dan Zul semakin berdebar. Mcm2 soalan ada kat kepala mereka berdua sekarang. Kadir meneliti seat belakang keretanya. Xda apa pun. Zul pula melihat kawasan seat depan. Pun sama. Xda sapa2 kat situ. "Pak Guard tu rabun ke apa. Mana ada budak dalam kereta ni" Kadir bengang setelah mendapati keretanya kosong. Zul cuma mampu menggelangkan kepala. ye la, buat suspen je. 
Kadir pun terus balik dgn keraguan yang amat sangat kat pak guard tu. Apa la mimpi pak guard tu cita bukan2 kat dia. Sure ada trick ni....Sesampai je kat rumah. Kadir tgk isteri dia dah tido. Dah lewat ni, mmg ptt la tido dah. Kadir terus mandi dan segera tido. Ye la, esok nak turun keja lagi. Mcm tu la hidup kat bandar ni. dah jadi mcm root dah. Hari2 buat rutin yang sama. Nak idup la katakan....
                    Pagi tu, Kadir bersarapan macam biasa. Awl2 dah Isteri dia siapkan makanan. time subuh tadi dah dia tgk bini dia bangun cuci pakaian dan masak semua. Mmg rajin la bini dia ni. Beruntung benar si Kadir ni.
 "Abang lain kali kalau nak balik lewat, telefon dulu. Takut wani kat rumah ni sorang2.." Mungkin bengang sebab Kadir balik lewat semalam. Kadir sengih je...
"Ye la, kalau balik lewat nanti abag msg. Knp takut? Selalu x takut pun?"
"Tadi masa sidai kain, jiran sebelah mengadu rumah mereka kena rompak. Baru pagi ni diaorg perasan"
"Kena rompak? Mcm ner leh kena rompak?"
"Tu la pasal...Habis duit kak shazlin tu kena rompak. dengan barang kemas dia sekali."
"dah report polis?"
"Dia nak gi report la tadi tu."
"Nasib rumah kita ni kecik sikit dari rumah diaorg. Kalau tak, mesti rumah kita ni yang kena rompak"
"Em, syukur sgt..."
Kadir pun terus bangun dan bergegas ke tempat kerja. Takpe, esok hari sabtu! Boleh la relax skit! Kadir segera ke tempat kerja dgn bersemangat.
Tiba2 pintu bilik dia diketuk. Hmm...Zul rupanya...mesti nak sembang pasal semalam ni. 
"Kadir, ko rasa knp pak guard tu cakap mcm tu smlm ek? Seram ar!"
"Ala! Xda apa la! Aku dah check keta aku. Xda apa pun."
"Ko sure ke? Kita check dari luar je semalam. Tak masuk pun dlm keta ko."
"Ala, aku balik rumah xda apa pun. Kalau betul ada budak, aku syukur tau. Aku ni xda anak lagi"
"Hahaha!! Pandai la ku. Kalau anak manusia xpe Dir. Kalau anak Toyol mcm mana?"
"Kalau anak toyol, aku suruh rompak rumah engkau! hahaha!!"
Dua2 brader ni terus gelak. Lalu mereka teruskan kerja masing2 lepas habis bergelak ketawa. Ngam pukul 11, Kadir balik ke rumah. Nak solat jumaat la katakan. Sampai je kat rumah, kadir terus mandi dan bersiap. semua pakaian dai bini dah sediakan. Ni la best kalau dah berbini. Rasa mcm raja lak. Kadir ambik kasut kerja untuk dipakai terus lepas solat. Time hari jumaat ni, dia leh pakai baju melayu bersampin turun kerja. Baru smart skit. Time bukak boot kereta, WAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!! Kadir cuma mapu ternganga.....mustahil untuk dipercaya apa yang dilihatnya....(Bersambung)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails