Followers

Tuesday, July 27, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 18

          Sebelum balik ke rumah, Zul disuruh mandi bunga dan meminum air kelapa. Ilham juga begitu. Zul kemudiannya meminta diri untuk balik. dalam perjalanan balk, dia teringatkan lembaga kecil yang telah mencakar mukanya. sungguh sakit hatinya bila diperlakukan begtu! Dia tidak melihat keseluruhan wajah hantu itu, tapi dia pasti ianya toyol! dan ianya milik Kadir! Dia tak menyangka Kadir sanggup membuatnya begitu! dia sudah bertekad, untuk membalas dendam dengan belaan barunya!
         Zul membuat seperti apa yang Pak Keman nasihatkan. Setiap malam purnama, dia akan mengasah kerisnya. Zul hanya berbuat seperti biasa tatkala berjumpa Kadir. seperti tiada apa yang berlaku.
   

**********************************************************************************

           Malam itu, ketika Wani sedang nyenyak tidur, Kadir senyap-senyap keluar memberi makan kepada toyolnya. Mujur bulan itu
senang dia mendapatkan tulang kambing. Ditimbusnya di tempat biasa supaya toyolnya dapat makan. Tiba-tiba, toyolnya muncul...."Tuan, saya datang meminta tugas! Sudah sepurnama saya tidak ada tugas!"
                "kau sabar la dulu. Aku tak ada tugas nak bagi. Aku bagi kau makan pun dah cukup bagus tau!"
                "Baiklah. saya tunggu lagi sepurnama." Lalu toyol itu lenyap. Berderau juga darahnya melihat lembaga kecil tiba-tiba munul di hadapannya. Walaupun tak nampak wajahnya bagaimana, tapi dia pasti muka lembaga itu sungguh menakutkan!
                Keesokan harinya, Kadir ke pejabat seperti biasa. setibanya di pejabat, dia segera masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Dia hendak mengira wang serahan Syarikat Perdana. Bila dikira, memang cukup. Kadir berpuas hati. Lalu dia keluar mencari Zul.
              "Zul, duit, serahan semalam aku dah kumpulkan. Kau tak payah risau la ek? semuanya aku dah selesaikan. Lepas ni kalau bos datang minta, kau suruh dia minta kat aku."
              "Ok, aku akan bagitau dia nanti."
              Kadir balik ke biliknya. Zul hanya tersenyum..denan seribu makna....
              selang beberapa minit, Tuan Azman mengetuk pintu bilik Kadir. Kadir membuka lacinya dan melihat duit itu masih ada. lalu dia membuka pintu biliknya.
             "Oh tuan! duduklah!"
            "ah, tak mengapa. Saya hanya nak duit serahan semalam. ada lagi tak?"
            "Oh ya, tunggu kejap." Kadir membuka laci mejanya....Tidak!! Mana lagi satu sampul surat?? Tadi ada!! kadir mula panik...
            "Errr..tuan, saya terlupa bawa satu lagi sampul surat. Boleh saya serahkan esok?"
            "Macam mana boleh begitu? Kan saya dah cakap kena bawa hari ni?"
             "ya tuan, tapi saya salah bawa sampul. Saya bawa satu ni je. Esok saya bawa lagi satu."
           "Ei...kadir, Kadir. Baiklah. Bawa esok. Jangn lupa lagi.."
          "Baik tuan..terima kasih." Tuan Azman keluar dari bilik Kadir. Kadir bingung..bagaimana pula sampul surat itu boleh hilang. Sedangkan baru tadi dia lihat masih ada. Dia teringatkan toyolnya. Sebab malam tadi dia minta untuk diberi tugas...
         Malam itu, Kadir keluar mencari toyolnya.
         "keluar kau toyol! Aku ada benda nak dibincangkan! "
          "Hehehe!! apa hajat tuan..."
          "Mana duit syarikat aku? Kau ambik?"
          "sudah sepurnama aku tak bertugas. Apa pula tuan cakap saya yang ambil?"
          "Habis, siapa yang ambil?"
          "Hehehe!! aku tak tahu. Tapi jika kau nak aku ambil balik, aku boleh usahakan!"
          "Kalau macam tu, kau pergi ambil balik. Aku tak kisah cara apa sekalipun!"
           "Baiklah, kau tunggu sebentar." Lembaga itu ghaib...Kadir bingung..siapa pula yang ambil kalau bukan toyolnya? Ada toyol yang lain? sebentar kemudian, toyolnya kembali.
           "Maaf tuan, saya tak nampak di mana duit tuan!"
           "Ei! Kau jangan nak permainkan aku! Aku dah bagi apa kau nak! Sekarang aku bagi tugas, kenapa engkau tak laksanakan!"
            "tuan, ini semua bukan kemahuan saya. Saya sememangnya tidak tahu di mana duit itu."
            "Maam mana boleh jadi macam ni?"
            "Aku tidak tahu. Mungkin disembunyikan oleh makhluk sepertiku juga. Jika manusia yang menyimpannya, pasti aku akan tahu."
           "Siapa lagi yang ada simpan toyol?"
           "Tuan bagi saya masa sebelum matahari terbit. Pagi esok, saya akan bawakan tandanya kepada tuan. Tuan datang ke sini esok selepas subuh.." Suara itu beransur hilang...Kadir pelik. siapa lagi yang membela toyol selain dirinya? semuanya akan diketahui esok. Kadir kembali ke kamarnya.
       
            Seawal subuh lagi Kadir keluar ke belakang rumahnya. Alangkah terkejutnya Kadir melihat apa yang ada di hadapan matanya!!!...(Bersambung.)

            

     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails