Followers

Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Toyol dan kisahnya Ep4


Semakin hampir dengan kereta, hati Kadir dan Zul semakin berdebar. Mcm2 soalan ada kat kepala mereka berdua sekarang. Kadir meneliti seat belakang keretanya. Xda apa pun. Zul pula melihat kawasan seat depan. Pun sama. Xda sapa2 kat situ. "Pak Guard tu rabun ke apa. Mana ada budak dalam kereta ni" Kadir bengang setelah mendapati keretanya kosong. Zul cuma mampu menggelangkan kepala. ye la, buat suspen je. 
Kadir pun terus balik dgn keraguan yang amat sangat kat pak guard tu. Apa la mimpi pak guard tu cita bukan2 kat dia. Sure ada trick ni....Sesampai je kat rumah. Kadir tgk isteri dia dah tido. Dah lewat ni, mmg ptt la tido dah. Kadir terus mandi dan segera tido. Ye la, esok nak turun keja lagi. Mcm tu la hidup kat bandar ni. dah jadi mcm root dah. Hari2 buat rutin yang sama. Nak idup la katakan....
                    Pagi tu, Kadir bersarapan macam biasa. Awl2 dah Isteri dia siapkan makanan. time subuh tadi dah dia tgk bini dia bangun cuci pakaian dan masak semua. Mmg rajin la bini dia ni. Beruntung benar si Kadir ni.
 "Abang lain kali kalau nak balik lewat, telefon dulu. Takut wani kat rumah ni sorang2.." Mungkin bengang sebab Kadir balik lewat semalam. Kadir sengih je...
"Ye la, kalau balik lewat nanti abag msg. Knp takut? Selalu x takut pun?"
"Tadi masa sidai kain, jiran sebelah mengadu rumah mereka kena rompak. Baru pagi ni diaorg perasan"
"Kena rompak? Mcm ner leh kena rompak?"
"Tu la pasal...Habis duit kak shazlin tu kena rompak. dengan barang kemas dia sekali."
"dah report polis?"
"Dia nak gi report la tadi tu."
"Nasib rumah kita ni kecik sikit dari rumah diaorg. Kalau tak, mesti rumah kita ni yang kena rompak"
"Em, syukur sgt..."
Kadir pun terus bangun dan bergegas ke tempat kerja. Takpe, esok hari sabtu! Boleh la relax skit! Kadir segera ke tempat kerja dgn bersemangat.
Tiba2 pintu bilik dia diketuk. Hmm...Zul rupanya...mesti nak sembang pasal semalam ni. 
"Kadir, ko rasa knp pak guard tu cakap mcm tu smlm ek? Seram ar!"
"Ala! Xda apa la! Aku dah check keta aku. Xda apa pun."
"Ko sure ke? Kita check dari luar je semalam. Tak masuk pun dlm keta ko."
"Ala, aku balik rumah xda apa pun. Kalau betul ada budak, aku syukur tau. Aku ni xda anak lagi"
"Hahaha!! Pandai la ku. Kalau anak manusia xpe Dir. Kalau anak Toyol mcm mana?"
"Kalau anak toyol, aku suruh rompak rumah engkau! hahaha!!"
Dua2 brader ni terus gelak. Lalu mereka teruskan kerja masing2 lepas habis bergelak ketawa. Ngam pukul 11, Kadir balik ke rumah. Nak solat jumaat la katakan. Sampai je kat rumah, kadir terus mandi dan bersiap. semua pakaian dai bini dah sediakan. Ni la best kalau dah berbini. Rasa mcm raja lak. Kadir ambik kasut kerja untuk dipakai terus lepas solat. Time hari jumaat ni, dia leh pakai baju melayu bersampin turun kerja. Baru smart skit. Time bukak boot kereta, WAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!! Kadir cuma mapu ternganga.....mustahil untuk dipercaya apa yang dilihatnya....(Bersambung)

Monday, July 12, 2010

Toyol dan kisahnya Ep2


               Bunyi ketawa yang semakin jelas tu membuatkan kadir rasa makin seram. Ye la, tgh2 malam ni sapa la ketawa dpn bilik dia. Lagipun dlm rumah tu bukan ada org lain. Dia dan bini dia je. Nila sampai je dpn pintu, Kadir terus membaca bismillah dan...Zap!!! "Tak ada apa lak??" Kadir bingung bila melihat di hadapannya hanya tile putih dan dinding putih. Xda sapa2 pun dpn pintu tu. Padahal tadi bukan main suka suara tu gelak. Kadir bingung....."Mungkin aku tertekan sangat kot..." Kadir bermonolog sendiri. "Buat apa depan pintu tu bang???" Isteri kadir bertanya. Hairan tgk laki dia depan pintu malam2 buta ni. "Takda apa la. Nak gi dapur tadi. Haus..." Kadir menyembunyikan apa yang didengarinya tadi..."

Pagi tu kadir turun kerja macam biasa. Sakit belakang kena cakar semalam masih padih lagi. Mandi pun sengsara je rasa. dalam perjalanan tu, dia masih fikir lagi apa yang terjadi semalam. Ntah apa la yang ganggu keluarga dia nih...Setibanya kat office, suasana muram melanda satu ofis....Kadir hairan lak

Sunday, July 4, 2010

Pengalaman Teksi Malam....

Pada pukul 2 pagi itu saya dikejutkan oleh suara operator telefon radio teksi membuat panggilan.
“Ada penumpang dari Kondo… di Dairy Farm Crescent nak ke Scotts Road, pemandu yang berada berdekatan dengan kawasan itu sila lapor…”
suara operator halus keluar daripada alat perhubungan.
Tanpa berfikir panjang saya terus menyambut panggilan dan menyatakan sanggup mengambil penumpang itu. Dari Jalan Teck Whye saya membelok ke kiri menghala ke Upper Bukit Timah Road.
Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya

Diganggu Syaitan

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang

Saturday, July 3, 2010

misteri kereta usang menjelma jadi teksi

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

  Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

  Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

  Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

  Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

  Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

  Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

  Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

  Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

  Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.  

  Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

  Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

  Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.  

  Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

  Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

arwah ibu lawat mayat anak




Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.


Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."


Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian- 

Friday, July 2, 2010

Kepala Berambut panjang



Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!



Cerita Asal : Raja Rohani ( Perak )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails