Followers

Showing posts with label Toyol Dan Kisahnya. Show all posts
Showing posts with label Toyol Dan Kisahnya. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Toyol dan Kisahnya ep 35

   Keesokan harinya, Kadir dan wani tiba semula ke rumah Ustaz Hamzi. Mereka mengemas barang-barang keperluan dan masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh Ustaz Hamzi. Ustaz hamzi sudah menyediakan minum pagi dan Isteri Ustaz Hamzi juga sudah menyediakan bahan-bahan untuk berubat malam ini.
    Dalam kesibukan mereka itu, ada sepasang mata yang mengintai...
    Ustaz Hamzi dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada pasangan ini. Tetapi, dibiarkan sahaja oleh ustaz Hamzi. Baginya, itu tidak memudaratkan pun.
     "Ustaz, bila kita boleh mula berubat ni?"
     "Malam ni InsyaAllah kita boleh mula. Tapi kamu berdua ni kena mandi dulu. Air saya dah sediakan kat belakang."
    "Baik Ustaz."
     "Tapi bukan sekarang la. Nanti lepas asar. Ni awal lagi." Kata Ustaz. Sambil mengukir senyuman. Mereka bergerak ke dapur untuk menjamu selera. Mata yang dari tadi memandang mereka juga mengukir senyuman. Entah apa yang mengembirakan hati makhluk yang seorang ini...

*********************************************************************************
Pawang Keman menghampiri keris yang terletak di atas meja makan itu. Entah apa yang bermain dalam fikirannya kini. Hatinya berasa gundah. Seperti ada yang tidak kena.
   "Apa lagi yang makhluk ni nak? Aku dah bagi makan, semua permintaan nya aku dah tunaikan. Apa lagi ni?" Pawang Keman tidak puas hati dengan belaan nya itu. Sudah banyak perkara dia tunaikan kepada belaan nya itu. Apa lagi yang dia mahu?
    PPAAAAMMMM!! Pintu rumah pawang keman di tutup kuat. Bunyi itu seolah-olah tanda protes yang teramat sangat.
    "Apa lagi yang kau mahu?!!" Pawang keman meninggikan suaranya.
    "Aku mahu kerja! Apa kau ingat aku ini hanya patung! Hanya untuk disimpan?"
    "Baiklah! Apa kerja yang kau nak?"
   "Aku nak mencuri! Kan itu adalah tugasku!" Jawab suara itu. Pawang keman tersenyum.
  "Baiklah! Kalau itu yang kau nak. aku nak kau jadikan aku kaya raya!" Pawang Keman memberi tugas kepada belaannya.
  "Kau Ambillah duit org kampung ini. Cari orang yang paling kaya, dan ambik duit mereka. Aku nak kau selesaikan malam ini juga!"
   "Baik tuan...menjelang malam nanti, aku akan menjalankan tugasku!" Lantas suara itu beransur hilang...
Pawang Keman tersenyum. Rupa-ruoanya dia terlupa memberi tugas kepada toyolnya itu. Sekarang baru dia tahu betapa bergunannya toyol itu kepada dirinya...(Bersambung)

Saturday, August 28, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 34

Kemudian Ustaz Hamzi membaca sesuatu dan menghembuskan ke muka Kadir. Kadir bangun perlahan-lahan. Badannya masih lemah tidak bermaya.
    "Mengucap Nak," Ustaz Hamzi membisikkan kepada Kadir. Kadir mengucap perlahan-lahan tanda dia sudah sedar sepenuhnya. Kemudian, Ustaz Hamzi menyuruh Kadir duduk  sebentar sementara isteri Ustaz Hamzi menyiapkan air. Wani hanya melihat dan memerhati suaminya yang lemah itu.
     "Siapa nama anak ni?" Ustaz Hamzi bertanya.
     "Saya Kadir. Saya datang ni nak minta tolong ustaz untuk halau makhluk tadi tu dari badan saya. Saya tak tahan diganggu makhluk tu."
    "Saya faham tu. Dari pemerhatian saya tadi, ada dua makhluk yang mengganggu anak. Satu toyol dan satu lagi hantu raya. Dari mana anak dapat lembaga ni?"
    "saya pun tak tahu ustaz. Dah hampir dua bulan kami diganggu. Macam-macam yang saya dah buat. Tapi hantu ni degil!"
    "Kalau macam tu. susah la saya nak tolong. Saya kena tahu asal usul lembaga tu."
    "Habis, saya nak buat apa ustaz?"
    "Anak ada simpan apa-apa benda pelik tak?"
    "Maksud ustaz?"
    "seperti kacip ka, keris ka, atau apa-apa sahaja yang pelik."
    "Saya ada simpan keris ustaz. saya dapat keris tu dari toyol saya tu."
    "Ada bawa?"
    "ada, nanti saya ambilkan di dalam kereta."
     Kadir bingkas bangun dan bergegas ke kereta. Dia mengambil keris yang dibalut dengan kain kuning di boot keretanya dan membawanya kepada Ustaz Hamzi.
     "Ini kerisnya Ustaz. Hampir sebulan dah saya jaga keris ni."
     Ustaz Hamzi mengambil keris itu dan membeleknya.
      "Berat benar belaan kamu ni..." Ustaz Hamzi meggelengkan kepala.
      "Patutlah aku pun dia dapat rasuk." Ustaz Hamzi menyambung. Kadir dan Wani hairan.
     "Apa yang berat ustaz?"
     "Belaan kamu ni la. Bukan calang-calang toyol ni. Boleh mati kamu kalau tak kuat. Hantu raya ni pun sama. Aku rasa ni mesti hantu keturunan."
     "Eh! Mak ayah saya tak bela hantu-hantu ni ustaz."
     "Mungkin moyang kamu atau keluarga isteri kamu yang bela ni dulu."
     Wani terkejut! Kadir juga begitu. Sukar untuk dia percaya apa yang dikatakan oleh ustaz Hamzi.
     "Kamu balik dulu, kemaskan barang kamu dan tinggal di sini seminggu kalau nak berubat. Aku tak dapat nak ubat sehari je ni. Boleh?" Ustaz Hamzi memberi kata dua kepada Kadir.
      "Baiklah Ustaz. Saya dan isteri balik dulu. Esok kami datang lagi"
      "Kamu bawa keris aku ni. Kalau jadi apa-apa dalam perjalanan nanti kamu jangan risau." Ustaz Hamzi menyerahkan kerisnya kepada Kadir sementara keris Kadir di pegangnya. Kadir memberi salam dan balik ke rumah...(Bersambung)

Monday, August 23, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 33

Kadir yang tadinya memeluk Ustaz Hamzi terjelopok jatuh lalu tidak sedarkan diri. Ustaz Hamzi menoleh ke arah Wani. Isteri Ustaz Hamzi mengambil rotan buluh yang tersandar di tepi dinding.
  
         "Kau ingat dengan benda macam tu kau boleh takutkan aku? Hahahaha!!!!!" Ustaz Hamzi berbicara. Suaranya sudah jauh berubah! Ah sudah! Ustaz Hamzi pula dirasuk! Isteri Ustaz Hamzi membaca sesuatu lalu memukul badan ustaz Hamzi. "Agghhhh!!!" Ustaz Hamzi meraung kesakitan! Badannya seperti disiat-siat! Sekali lagi isteri Ustaz Hamzi melibas buluh itu ke arah tapak kaki Ustaz Hamzi. Sekali lagi Ustaz Hamzi meraung kesakitan. Badannya seperti dilibas cemeti. Kadir yang tadinya terbaring tiba-tiba bangun dan cuba menerkam Wani. Wani menjerit ketakutan!
   
            Isteri Ustaz Hamzi dengan pantas melibas Kadir dengan rotan buluh. Kadir terpalanting ke belakang. Isteri Ustaz Hamzi membuat satu lingkaran mengelilingi Wani dengan buluh itu.
     "Jangan keluar dari bulatan ini tau. Nanti akak uruskan mereka." Sejurus itu, isteri Ustaz Hamzi masuk ke bilik dan mengambil sebilah keris. Setelah melihat keris itu, Kadir dan Ustaz Hamzi meraung ketakiutan!
     "Jangan! Jangan bunuh aku!!" Kadir meraung katakutan. Ustaz Hamzi pula hanya tertunduk.
     "Keluar kau dari badan manusia ini! Kalau tak, aku siksa kau!" Isteri Ustaz Hamzi memberi amaran keras.
      "Tidak! Aku tak akan  keluar!" Ustaz Hamzi bersuara. Seraya itu, isteri Ustaz Hamzi membaca sesuatu dan menangkap kaki Ustaz Hamzi dan meletakkan keris itu di antara ibu jari Ustaz Hamzi. Ustaz Hamzi meraung kesakitan! Kadir cuba menerkam Isteri Ustaz Hamzi namun dengan secepat kilat Isteri Ustaz Hamzi mencekit leher Kadir. Badan Kadir secara tidak semena-mena mengeletar.
     "Aku sudah memberi amaran secara elok. Kalau kamu hendak bermain kasar, aku juga terpaksa bermain secara kasar! Keluar atau tidak! Atau aku akan bakar kamu berdua!" Tegas suara isteri Ustaz Hamzi kali ini.
     "Tidak! Aku tak akan tinggalkan tubuh ni!" Ustaz Hamzi melawan! Dia masih tegas dengan pendiriannya walaupun dirinya terasa dibakar!
    "Baik!" Isteri Ustaz Hamzi memulas ibu jari kaki Ustaz Hamzi. Semakin kuat raungan Ustaz Hamzi. Tia-tiba ustaz hamzi pegasan dan tidak sedarkan diri. Kini Isteri Ustaz Hamzi menumpukan pandangannya kepada Kadir. Kadir tidak mampu untuk berkata apa-apa. Lehernya sudah dicekik keras dan badannya juga terasa seperti dibakar!
    "Keluar atau tak? Kalau tidak, aku akan bakar kau!" Kadir menggeleng-gelengkan kepalanya tanda protes! Dia masih degil untuk keluar dari badan Kadir. Tiba-tiba Ustaz Hamzi bangun dan mengucap. Isteri Ustaz Hamzi lega melihat Ustaz Hamzi sudah pulih. Lalu Ustaz Hamzi memberi isyarat supaya menyerahkan Kadir kepadanya. Ustaz Hamzi membuka serbannya dan melibaskannya ke arah belakang Kadir. Kadir menjerit kesakitan! Kesakitan yang amat sangat! Sudahlah lehernya dicekik, badannya seperti dibakar, terasa pula dilibas dengan rantai besi!
    "Keluar kau!!!!!"
     "Tidak! Aku tak akan keluar!"
     "Baiklah!" Ustaz Hamzi melilit serbannya ke leher Kadir. Isteri Ustaz Hamzi mengambil Keris dan meletakkan nya di antara ibu jari Kadir. Kali ini kesakitan yang ditanggung lebih sakit!
    "Baiklah! Aku keluar! Lepaskan aku!!"
    "Betul kau nak keluar?"
   "Betul! Sudah, aku akan keluar!" Perlahan-lahan Ustaz Hamzi melepaskan lilitan serban yang melilit leher Kadir. Kadir pengsan dan tidak sedarkan diri.....(bersambung..)

Sunday, August 22, 2010

Toyol dan kisahnya Ep32

Ustaz Hamzi terkumat-kamit membaca sesuatu. Perlahan-lahan dilepaskan pelukan itu. Kadir semakin lemah lalu terkulai seketika. Namun, matanya masih terbeliak dengan mulut yang tercungap-cungap. Ustaz Hamzi menyuruh isterinya mengambil sebatang tongkat di dalam bilik nya. Dengan tongkat itu, ustaz Hamzi memukul kaki Kadir.

    "Argggh!! Manusia bodoh! Apa kau nak buat?" Kadir bersusara. Itu bukan seperti suaranya. Ustaz Hamzi memukul lagi kaki Kadir. Kadir menjerit lagi. Kali ini, suaranya semakin lain berubah.
   "Siapa engkau? Kenapa kau ganggu manusia ini?" Ustaz Hamzi bertanya.
  "Kau tak perlu masuk campur! Kalau tak, aku musnahkan kau!"
   "Cuba kau buat kalau berani!" Ustaz Hamzi mencabar.
   "Arghhh!!!" Kadir bangun dan menerkam Ustaz Hamzi. Ustaz Hamzi menolak Kadir dan memukul belakangnya dengan tongkatnya! Kadir merongta seperti dipukul dengan rantai panas!
   "Jahanam kau!" Kadir bersuara lagi. Diterkam nya lagi ustaz Hamzi, dan sepantas kilat Ustaz Hamzi mengelak dan memukulnya lagi!. Kadir tersungkur lagi. Kali ini, Kadir tak mampu untuk bangun.
   "Kenapa kau ganggu manusia ini? Siapa kau?"
   "Aku toyol. manusia ini tuan aku! Kau jangan masuk campur!"
   "Kenapa kau jadikan manusia ini tuan kau?"
    "Kerana dia sudah berjanji dengan aku!"
    "Apa janji itu?"
    "Tidak! Aku tak akan bagitahu!"
    "Kau degil ya!" Ustaz Hamzi memukul lagi badan Kadir. Serta merta Kadir menjerit kesakitan!
     "AGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!! Panas!!!!!!!!!"
     "Cakap! Kalau tak aku bakar kau!!" Ustaz Hamzi memukul lagi. Terdengar lagi jeritan kesakitan makhluk itu.
    "Cepat cakap! Apa perjanjian itu!"
    "Aku tak akan cakap! itu sebahagian janji ku!" Begitu taat jin itu kepada janjinya.
    "Baik!" Ustaz Hamzi memukul lagi! Kali ini pukulannya tidak mengena! Aneh?
    "Aggghhh!!!!!!!!!!!!" Wani menjerit ketakutan! Ustaz Hamzi menoleh ke belakang. satu lembaga besar berambut panjang berdiri di belakang ustaz Hamzi. Ustaz Hamzi membaca beberapa ayat suci dan memukul lembaga itu. Namun tidak langsung berkesan! Ustaz Hamzi bingung sebengtar. Makhluk apa pula di hadapan nya itu? Sehinggakan apa yang dibacanya tidak memberi sebarang kesan!
     "Arghh!!!!!!!!!!" Kadir menerkam Ustaz Hamzi! Ustaz Hamzi terkunci! Lembaga putih itu masuk ke dalam badan Ustaz Hamzi. Serta merta Ustaz Hamzi pengsan.....Wani memeluk Isteri Ustaz Hamzi. Dia ketakutan!!
(Bersambung..)

Sunday, August 15, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 31

   Doktor Maria menghampiri Kadir. Kadir terkejut tatkala disapa doktor Maria.
   "Awak usah takut dengan permainan syaitan seperti itu." Doktor mais tersenyum melihat Kadir seperti terkejut dengan kata-katanya itu. apakah Doktor Maria tahu apa yang terjadi tadi? Apa dia nampak?
   "Awak nampak apa yang terjadi tadi?"
   "Ya, malah bukan sekali. Tapi dah banyak kali. Ramai pesakit saya yang seperti awak ni." Doktor Maia memulakan bicara.
  "Dulu saya tak percaya benda seperti ini. Sama seperti orang lain. Saya cuma menyangka ianya satu ilusi. Tambahan pula kerja saya yang menghalang saya untuk percaya dengan perkara seperti ini. Namun, semuanya berubah setelah saya melihat sendiri makhluk pelik seperti tadi beberapa tahun dahulu."
  "Doktor dapat lihat ke benda ni?" Kadir ingin tahu lebih lanjut.
  "Tak tahulah. Jika awak nampak lembaga tadi, maka saya juga nampak. Kelihatan seperti toyol. Awak bela ke?" Doktor Maria bertanya.
   "Tak!! saya tak bela. Dia datang sendiri kepada saya. Dan saya tak tahu asal usul lembaga itu!"
   "Tak mungkin..saya pasti ada yang menyebabkan lembaga itu mencari awak."
   "Saya juga tak pasti doktor. Saya tak tahu...."
   "Apa kata awak pergi berubat. Gunakan cara tradisional. Kalau benda macam ni, tak boleh nak berubat kat sini. Maaflah, saya terpaksa melanggar etika profesion saya. Kerana saya yakin penyakit batin awak ni."
   "Ya doktor. Tapi saya tak tahu nak cari siapa."
   "Awak berehat dulu. Esok pagi sebelum awak tinggalkan wad ni saya kenalkan dengan seorang ustaz. Mungkin dia boleh tolong."
   "terima kasih doktor..." doktor Maria meninggalkan Kadir. Kadir termenung sebenar. Dia memang teringin benar untuk membuang toyol itu. Kadir terlelap...

    Pgi itu, Kadir bersiap untuk meninggalkan wad. Isterinya sudah menunggu. Datang doktor Maria memberikan alamat dan nombor telefon Ustaz Hamzi.
   "Ini alamat dan nombor telefon Ustaz Hamzi. saya dah ceritakan masalah awak kepada dia. Dia pesan supaya awak hubungi dia secapat mungkin."
   "Terima kasih doktor."Kadir segera beredar dari wad tersebut. Hatinya bertambah lapang dengan pertolongan doktor Maria. Kepalanya masih terasa berat. Mungkin kerana kurang tidur malam tadi. Wani memandu kereta ke rumah. Kadir masih termenung mengenangkan nasib keluarganya.
    "apa nak jadi dengan keluarga kita ni Wani. Abang dah buntu nak buat apa lagi."
    "Sabarlah bang. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Kita tak tahu rahsia Allah."
   "Mungkin juga. Tapi abang hairan kenapa semua ini berlaku kepada kita secara tiba-tiba."
  "Sudahlah. Kita ikhtiarkan apa yang terbaik." Wani cuba menenangkan suaminya. setibanya di rumah, Kadir terus terbaring di sofa. Kepalanya masih terasa sakit. Kadir terbayangkan amaran toyolnya. Apa pula ancaman yang dia akan lakukan jika dia nekad berjumpa ustaz Hamzi. kadir tidak peduli. Dia akan berjumpa juga dengan Ustaz Hamzi! dia tidak mahu lagi menjadi hamba toyolnya itu!
     Setelah selesai solat Asar, Kadir membawa Wani ke rumah Ustaz Hamzi. Dia sudah menelefon dahulu ustaz itu sebelum membuat temu janji. setibanya di rumah Ustaz Hamzi, mereka disambut oleh seorang perempuan separa umur. Mungkin Isteri ustaz.
    "Assalamualaikum!"Kadir memberi salam.
   "Wa'alaikum Salam. Masuklah." Ketibaan mereka disambut dengan senyuman. Muncul pula seorang lelaki separa umur. mungkin itu Ustaz Hamzi. Serta merta badan Kadir menjadi panas. Kadir mula tidak selesa. Bila bersalam dengan ustaz Hamzi, tangannya seperti memegang bara api! Kadir menjadi tak menentu. Ustaz Hamzi sudah dapat membaca apa yang terjadi kepada Kadir. Lalu dia membawa Kadir masuk kedalam rumahnya. Kadir Semakin tidak selesa. Kepanasan yang sangat melampau meyelubingi dirinya!! Kadir tidak tahan. mahu sahaja dia berlari keluar!! Namun, segera Ustaz Hamzi memeluk Kadir!
     "Argghhh!!! Panas!!! Ustaz! Tolong saya!!"kadir meronta. Pelukan Ustaz Hamzi menjadikan dirinya seperti dirantai dengan rantai besi yang panas! Kadir tidak tahan lalu pangsan. Ustaz Hamzi membaca beberapa mentera lalu menekan ubun-ubun Kadir.
    "Apa kau nak buat wahai manusia!!!" suara Kadir berubah!! Wani terkejut mendengar suara suaminya begitu. Mata Kadir terbeliak memandang Ustaz Hamzi....(bersambung)

Saturday, August 14, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 30

         "Sara, bangun." Pandangan Sara berpinar-pinar sebentar. Mira menepuk-nepuk muka Sara. Doktor Maria pun ada. Apa yang dah terjadi? Sara bingung sebentar. Baru dia teringat lembaga hodoh yang dlihatnya sebentar tadi.
         "Kenapa awak pengsan ni?" Doktor Maria hairan melihat Sara.
         "Saya..sssaya...saya nampak hantu.."
         "Hantu? HHmm..." Doktor Mariam termenung sebentar.
         "Bukan aku tak percaya benda ni semua. Cuma, ya. Kadang-kadang perasaan kita sahaja." Doktor Maria menyambung.
         " Tapi saya sendiri tengok puan!"
        "Tak mengapa lah. Awak teruskan tugas awak. Ada pesakit tunggu saya kat wad kecemasan." Doktor Maria tersenyum lalu keluar dari bilik itu.
         "Sudah la sara, aku rasa kau banyak sangat kerja ni. Baik kau berehat kejap." Mira turut tersenyum dan meninggalkan bilik itu. Sara bingung..apa yang dilihatnya tadi seakan benar. Apakah betul cuma satu ilusi kerana terlalu penat? Ah! Dia tidak mampu untuk merungkaikan segalanya. Semuanya berlaku sangat cepat. segera dia beristighfar banyak-banyak.
           Kadir pula masih termenung. Matanya tidak dapat lelap. Masih terngiang-ngian suara halus hantu belaannya itu. Dia masih bingung dengan semua perkara yang menimpa dirinya. satu demi satu perkara pelik hadir dalam hidupnya. Apa silapnya? apa benar dia sendiri yang mencari semua ini? Ah! Mengarut! Dia tidak pernah berniat untuk mencari masalah seperti ini! Fikirannya semakin kacau. Namu, dia sudah berjaya buang toyolnya itu. Tapi, apa pula jadinya dengan hantu raya belaannya? Sudah banyak masalah yang ditimbulkan hantu itu. satu demi satu masalahnya datang. Tiba-tiba, terdengar 1 suara halus..
         "Hehehe...tuan..." Ah! Suara toyolnya! Apa yang sudah terjadi? Bukankah dia sudah tinggalkan toyolnya itu di hutan?
        "apa kau nak? Bukankah aku sudah bagi arahan kepada kau untuk tunggu jagung tu tumbuh!"
        "Hehehehe...aku bukan sebegitu bodoh untuk tuan tipu!" Suara itu semakin garang. Kadir mula takut.
        "Kalau tuan tidak mahu membela aku, aku akan ropak semua rumah di sekitar kediaman tuan dan letakkan semua harta mereka di rumah tuan!"
       "Baik! Baik!, aku akan bela kau. Jangan risau!" Kadir mengalah. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dalam keadaan dirinya yang masih sakit seperti itu, dia tidak mampu untuk melawan.
       "Hehehe...bagus! Ini peluang tuan yang terakhir. aku tak akan begi peluang sebegini lagi selepas ini! Ingat! Jangan cuba untuk perbodohkan aku lagi.."
       Suara itu semakin hilang....Kadir meghembuskan nafas panjang...dia tidak menyangka toyolnya sungguh liat untuk dibuang. Tanpa Kadir sedari, sepasang mta memerhati dirinya dari jauh..ya, Doktor Maria! Doktor Maria tersenyum....tersenyum?? apa makna disebalik senyuman itu??...(Bersambung..)
    
     

Wednesday, August 11, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 29.

Salam Ramadhan untuk semua...maaf sebab agak lewat untuk post cerita kali ini. agak sibuk di bulan ini dgn pelbagai aktiviti. Tapi jangan rsau, hamba akan tetap menulis untuk semua...

       Zul mengira jumlah wang yang diperolehinya hari itu. Memang bayak. Dalam shari dia boleh dapat hampir 3 kali ganda gaji sebulannya. Tak sa-sia dia membela toyol. Pada mulanya, hanya untuk membalas dendam kepada Kadir. Namun, setelah dia memperolehi pendapatan yang bayak hasil kerja terkutuknya itu, dia lupa pada tujuan asalnya. Malah, sesuai juga dengan jenis belaan nya. Zul membakar kemenyan dan menyeru toyolnya. Muncul seekor toyol kecil di hadapannya sejurus dia membaca mentera.

       "Tuan nak apa? Saya datang..."
       "Aku nak kau curi pula rumah yang kat sebelah aku ni. Dah lama aku benci dengan dia ni. Hari-hari dia perli aku. Aku nak kau ambil dalam RM 500. Boleh?"
      "Boleh tuan..aku sudah terhidu jumlah itu di rumah sebelah. Seperti biasa, esok aku akan letakkan di tempat biasa. Tapi...aku ada permintaan.."
    "Apa permintaan kau?"
    "Aku nak darah ibu jari tuan..setiap malam purnama."
    "Apa?? Kenapa kau minta benda yang macam tu?"
    "Itu makananku. Kalau tuan tdak dapat laksanakan, aku tak dapat bekerja.."
    "baik, aku setuju. Kau pergi cepat! Aku ak tido dah ni."
    "Hehehe..." suara itu semakin hilang..Zul tersenyum dan mengira kembal wangnya...

 Malam itu wad lelaki agak sunyi. Mungkin kerana jumlah pesakit yang kurang. Kadir termenung. Risau pula dengan Wani di rumah. Harap-harap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Jururawat dan beberapa pegawai kesihatan kelihatan lalu lalang di wad tersebut.

     "Encik, kenapa tak tidur lagi?" Tanya seorang jururawat yang bertugas.
     "Saya belum mengantuk lagi ni. Tak megapalah, nanti saya mengantuk saya tidur lah."Kadir tersenyum. Jururawat itu membalas senyumannya dan mengemas katil sebelah. Kemudian dia ke bilik logistik.
     "Sara, berani kau tegur mamat tu.." Sapa Mira elihat Sara menegur Kadir sebentar tadi.
     "Kenapa pula? Aku cuma nak kemas katil sebelah tu. Dia belum tido, aku tanya la."
     "Kau tak nampak ke ada budak hodoh kat sebelah dia tu?" Mira menunjuk ke arah Kadir. Berderau jantung Sara melihat seorang  budak bermata merah menyala di sebelah Kadir. dari mana pula dia datang? Tadi dia tidak nampak pun lembaga itu....tiba-tiba, Sara menoleh ke belakang. AAARGGHH!!!! Sara tidak mampu untuk berkata apa-apa....(bersambung..)

Sunday, August 8, 2010

Toyol dan kisahnya Ep28

            Satu lembaga berambut panjang dengan muka penuh darah kelihatan. Kadir menekan pedal brek dan memusing stereng kereta ke kanan! Pam!! Kereta Kadir terlanggar sebatang pokok. Pandangannya kabur dan semakin kabur.....
   Wani hairan dimana suaminya. Sejakn awal pagi tadi lagi dia tidak melihat suaminya. Wani mula risau. Sudah juga dia menelefon ibu bapanya. Mungkin Kadir ada di situ. Tidak juga ibu bapanya melihat kelibat Kadir. Wani semakin risau. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. "Ini puan Huda Suriani?"
    "Ya saya. Kenapa encik?"
    "kami pihak polis, suami puan ada di hospital sekarang. Dia kemalangan malam tadi."
   "Hah!!!" Wani seakan tidak percaya sengan apa yang dia dengar.
   Segera Wani berkemas dan bergegas ke hospital. Setibanya di hospital, wani terkejut melihat keadaan suaminya yang parah.
  "Wani, maaflah. Abang tak sempat nak bagitau wani."
  "Abang pergi mana malam tadi? kenapa tak bagitau Wani?"
  "Tak payah la tau. Tak penting pun. Yang penting, keluarga kita selamat."
   Wani pelik dengan kata-kata suaminya. Namun Kadir masih hairan. Jika toyolnya masih di hutan, siapa pula yang mengekorinya? Adakah Hantu yang dikurungnya di dalam keris itu sudah terlepas? Kadir tidak mendapat jawapannya...

**********************************************************************************

    Pagi itu Zul bangun awal. Dia membelek keris toyolnya. Tersenyum melihat ukiran yang cantik pada keris itu.
    "Orang duku buat keris dengan orang sekarang, memmang jauh bezanya nak." Pawang kema menepuk bahu Zul yang dilihatnya mengelamun.
     "Apa bezanya tok?" Zul ingin tahu.
     "Orang dulu, keris dicipta ada sebabnya. Panjang pendek keris tu, dan amalan semasa membuat keris. Kalau baik tujuannya, baiklah keris tu. Kalau buruk, memang sangat jahatlah keris"
     "apa amalan orang dulu buat keris tok?"
     "Banyak. Ada yang berpuasa, mandi sungai pada malam purnama, bertapa di kaki gunung dan banyak lagi. Kalau nak di ikutkan akal fikiran, pedang dan parang lagi bagus kalau nak bertempur. Tapi kenapa orang dahulu guna keris je untuk bertempur? Dah la pendek, susah pula nak pegang."
     "Ye la tok. saya baru terfikir."
     "semuanya sebab isi keris tu. Sevagai contoh, taming sari. Keris yang buat hang Tuah kebal. sampai sekarang Taming Sari tak dijumpai. Hebatnya keris itu. Itu yang kita tahu. Banyak lagi keris pahlawan handalan melayu lain yang kita tak tahu."
     "Keris saya ni tok?" Zul menunjukkan keris perak kepunyaannya itu.
     "Itu cuma keris penjaga. Bukan untuk bertempur. Kau tengok sahaja belaan kau tu. Bukan boleh pun nak buat guna-guna." Pawang Keman tersenyum. Keris simpanan Pawang Keman ada lagi 5. Dua ada pada Ilham.

**********************************************************************************
Malam itu, Kadir keseorangan di hospital. Wani sudah diarahkan pulang ke kampung sementara dia masih di hospital. Tiba-tiba, dia merasakan dirinya diikat. Seluruh badannya kaku. Tidak dapat bergerak! Apa sudah jadi!! Muncul 1 lembaga berambut panjang di hadapannya. Ya! Lembaga itulah yang dilihatnya semasa memandu hari itu!
   "Apa kau nak!! Kau siapa?" Kadir bertanya. Risau didengar pesakit lain, dia merendahkan suara.
   "Apa kau lupa aku siapa? Aku penjaga rumah kau! Kau suruh toyol kau kunci aku pula! hahaha!! Kau silap. Aku tak semudah yang kau sangka untuk dikunci. Ya, memang betul toyol kau dah kurung aku dalam keris itu. Tapi aku dapat juga keluar."
   "Kau penjaga aku? Aku tak bela pun kau ni?"
    "Kau usah risau. Aku hanya menurut perintah kau. Nasib kau tidak mati semalam. Ajal kau belum tiba lagi. Baiklah, aku berundur dahulu. Jika ada permintaan, kau panggilah aku. Gunakan keris yang diberi toyol itu untuk menyeru ku. Aku datang malam ini hanya untuk memberitahu perkara ini. Supaya kau tidak lagi takut dengan kehadiranku..." Suara itu senyap dan badannya mula dapat bergerak.
    Kadir pelik, dia tidak pernah menuntut untuk membela toyol dan Hantu rambut panjang itu. bagaimana pula mereka boleh mengaku dia sebagai tuan...(bersambung)

Friday, August 6, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 27

                    Pagi itu Kadir bangun awal. Nasib juga kerana sudah tiba musim cuti. Kadir menyelak bawah katilnya. Ah! Tiada duit seperti yang toyolnya janjikan! Kini dia tahu, toyolnya pasti punya kelemahan. Kadir hanya tersenyum dan segera ke bilik mandi.

            Zul ke kampung tengah berjumpa pawang Keman. Tempat dia mengambil toyol bersumpah itu. Zul masuk ke kawasan rumah pawang Keman. Mencari-cari kelibat pawang Keman.
            "Tok! assalamualaikum tok!" keluar seorang lelaki tua tersenyum menyambut ketibaan Zul. Zul bersalaman dengan Pawang Keman. Pawang Keman menjemput Zul masuk.
           "Ada apa ni Zul? Ada masalah dengan belaan kamu?" tak ada tok. Cuma saya diganggu seekor makhluk berambut panjang. Dia ancam nak bunuh saya tok." Pawang Keman hanya tersenyum.
          "Dia tak akan dapat bunuh manusia Zul. Benda ni tak akan dapat bunuh manusia kalau tak kena caranya dan tak ada izin."
         "Habis, kenapa dia boleh cakap nak bunuh saya?"
        "Mungkin yang bercakap tu tuan hantu tu atau hantu tu cuma nak takutkan kau je. Tak payah risau sangat la." Zul mengangguk. Risau juga dia diancam sebegitu rupa.
        "Macam mana dengan belaan kau?"
       "tak ada apa-apa setakat ni pakcik. Cuma, dia belum minta apa-apa. Tak mengapa ke?"
       "Owh, tu tak menjadi masalah. Nanti dia mintak la. Dah mula kerja ke dia?"
       "Dah pakcik. Kerja dia cukup bagus." Pawang Keman tersenyum mendengar nya. Zul Masih risaukan apa yang akan terjadi kepada dirinya.

*********************************************************************************

       Kadir menyeru belaannya. Malam itu Kadir ingin menyiasat kenapa Toyolnya tidak mampu untuk mencuri di mesin ATM.
       "Ada apa tuan cari saya?" Bunyi suara bergema menghampirinya. Kadir tersenyum.
      "Aku sangka kau sungguh hebat. Tapi kenapa kau tak oleh mencuri kat mesin ATM tu?"
      "aku ada pergi ke sana. Tapi mesin itu tidak bertuan. Bagaimana aku hendak mengambilnya? Malah duit itu juga tiada tuannya. aku risau itu kepunyaan toyol lain. mati saya nanti tuan!" Ah! Bodoh juga rupanya toyol belaannya ini! Rupanya toyol tidak boleh mengambil duit di bank kerana empunya duit itu ramai. Malah duit itu mungkin tidak bertuan. Maka dia tidak dapat mengambil duit itu. Kadir rasa hendak tergelak mendengar alasan toyolnya itu.
       "Habis, duit yang macam mana baru kau dapt ambil?"
       "Aku cuma boleh ambil duit di rumah orang. Kepunyaan orang dan duit yang bertuan."
      "memang sah la kau ni pencuri. Kalau duit tercicir mesti kau tak dapat ambil kan?"
     "Ya...aku tak boleh ambil duit tercicir.."
     "hahahaha!! Aku sangkakan kau hebat sangat. Sudah! Aku taknak bela makhluk lemah macam kau ni! Kau boleh pergi. Malah aku tak pernah suruh kau jadi hamba aku."
      "Tapi tuan, aku tiada tuan lain."
      "Aku peduli apa! Kau pergi sahaja!"
      "Tak! aku takkan pergi!"
     "hahaha!! Baiklah! Kau ikut aku. Aku ada tugas untuk kau." Kadir masuk ke dalam keretanya dan membawa toyolnya ke sebuah tempat yang jauh dari kota. Di sebuah hutan yang tidak diketahui orang.

       "Toyol! Mana kau! Kau ikut aku tak?" Kadir menyeru belaan nya itu. Kadir membawa satu plastik berisi jagung rebus.Datang seekor lembaga yang sangat hodoh. Badannya hanya sebesar seerang budak kecil.
     "Ada apa tuan?" Lembaga itu berbicara. Ya! Itulah toyol belaan kadir selama ini. Kadir tekad untuk membuang toyolnya itu.
  "Aku tanam jagung ni kat sini, kau jaga sehingga tumbuh faham? selagi tak tumbuh, kau jangan balik!"
  "Baik tuan...." Toyol itu hanya memerhati tuannya menimbus jagung rebus itu ke dalam tanah. Setelah selesai, kadir tersenyum dan memacu keretanya pulang. Tinggallah toyolnya itu di situ. Mugkin untuk selamanya...

    Dalam perjalanan balik, Kadir ketawa terbahak-bahak! Memang bodoh toyol itu dalam hatinya! kadir memandang ke arah cermin pandang belakang..AHHH!!! Menyirap darahnya melihat apa yang ada di belakang kenderaannya!!!
    

Thursday, August 5, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep26

"Toyol! Keluar kau cepat! Di mana kau!" Kadir tidak dapat menahan marahnya. Dia menyeru toyolnya keluar.
"Tuan cari saya? Hehehehe!!!" Satu gema suara kedengaran. Kadir tidak tahu di mana datangnya suara itu.
"Kau di mana? Aku nak berbicara!"
"Aku ada di sini. Tuan ceritakan apa yang tuan nak."
"Kau kata hantu rambut panjang tu dah keluar! Tapi kenapa mereka nampak hantu tu kat rumah aku?"
"Tuan usah khuatir. Aku yang menyamar seperti hantu itu. Jika mereka melihat aku dengan rupa sebenarku, mereka tidak akan takut!"
"Kalau begitu, dimana keris kau katakan hantu itu dikurung? Keris berbalut kain kuning itu mana?"
"Apa tuan lupa? Tuan yang bawa ke pejabat tadi?" Oh ya...Kadir teringat dia membawa keris itu bersamanya...Kini baru Kadir kembali tenang. Pasti ada di dalam keretanya.
 "Apa lagi yang tuan mahukan? Nak saya dapatkan wang? Emas? Berlian?"
"Kau cukup hebat ke nak dapatkan semua benda tu?" Kadir cuba menguji toyolnya. Ya, selama ini dia hanya memberi arahan berdasarkan keperluan. Teringin juga dia menguji tahap kehebatan toyolnya itu setelah sekian lama dia memberi makan dan kebenaran masuk ke rumahnya.
"Aku boleh lakukan! Aku hebat!"
"Kalu macam tu, kau rompak mesin ATM kat depan taman ni. Boleh?"
"Hahaha!! Boleh! Aku boleh lakukan! Lihat saja apa yang aku dapat buat!"
"Baiklah, aku tunggu sehingga subuh esok. kalau kau tak mampu buat, aku akan buang kau!"
"Hehehehe!!!!" Suara itu beransur hilang. Kadir haya tersenyum. Lihatlah sama ada dia mampu lakukan atau tidak....(Bersambung)

p/s: Sorry siri kali ni agak kurang. Sebab nak bagi lagi saspen! Heheheh!!!

Wednesday, August 4, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep25

Zul segera bagun dan keluar dari tandas. Tiba-tiba dia terserempak dengan Kadir. "Kenapa kau ni Zul? Macam nampak hantu je?"
"Ttt...Tak!"Zul terus ke mejanya. Tak mampu dia bersemuka dengan Kadir. Kadir pelik dengan kelakuan Zul. Zul duduk di mejanya. Dia oanik sebentar. Apa yang dia perlu buat? Dia harus berjumpa pawang Keman untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin. Nasib baik hujung minggu ini cuti panjang. Dapat juga dia mengasah ilmu nya. Dia bercadang untuk ke kampung itu lagi. Kalau ada Ilham lagi bagus. Tidak juga dia keseorangan.
      Kadir balik ke rumah seperti biasa. Setelah menjemput isterinya dari kampung, mereka belik ke rumah. "Sampai bila kita nak ulang alik macam ni bang?"
"Abang pun tak pasti. Abang tak rasa rumah kita aman seperti dulu."
"Wani pun rasa macam tu bang. Siapa la punya kerja letak hantu dalam rumah kita?"
"Wani tak ada bawak siap-siapa ke rumah kita sebelum ni kan?"
"Tak ada la bang. Mana Wani berani nak bawak orang sebarangan ke rumah."
"Bawa barang yang pelik-pelik?"
"Nak bawak apa bang? Wani ni keluar rumah pun jarang."
Kadir mendiamkan diri. Dia hairan bagaimana toyolnya boleh menuduh Wani yang memberi kebenaran kepada hantu berambut panjang itu masuk ke rumahnya. Jika sebelum ini toyol itu terpaksa merasuk Wani untuk masuk ke rumah mereka, kini toyol itu sudah bebas untuk berkeliaran dalam rumah itu.
     
      Setibanya di rumah, Kadir terlihat kunci pagar rumahnya terbuka. Siapa yang masuk ke rumahnya? Kadir keluar untuk memerhatikan apa yang terjadi. Pintu rumahnya juga terbuka luas. Dia memetik suis lampu. Kadir terkejut melihat dua orang pemuda pengsan di ruang tamu rumahnya. Kadir mengikat mereka dan menjiruskan air ke muka dua orang pemuda itu.
        "Maaf pak!!! Kami tak buat lagi!!" Seorang pemuda beramput agak panjang berbicara setelah sedar dijirus air.
        "Kamu ni siapa? Macam mana boleh pengsan dalam rumah aku ni?" Kadir menepuk-nepuk muka pemuda yang seorang lagi.
        "Kami mengaku tadi kami mahu curi barang dalam rumah ini pak! Tapi ada hantu dalam rumah ini pak! Kami dicekik! Hampir saja kami mati!"
         "Siapa cekik kamu? Macam mana rupa mereka? Tak ada pun kesan kena cekik? Kamu ni betul ke tak?"
          "Sumpah pak! Kami tak bohong! Badannya besar berambut panjang! Berpakaian putih! Mukanya penuh darah!"
           Kadir bingung....bukankah toyolnya sudah halau hantu itu? Macam mana mereka boleh kata mereka nampak hantu itu di dalam rumahnya? Kadir yakin perompak ini tidak berbohong...Kadir melepaskan kedua-dua perompak itu, Mereka lari lintang pukang.
           "Mat! Aku taubat tak mau rompak lagi! Hampir saja kita mati tadi!'
           "Ya Sol! Aku juga begitu! Rupanya seperti hantu raya yang mau bunuh kita!" Kedua-dua perompak itu lari ke jalan besar...
             Kadir bergegas ke biliknya dan mencari bungkusan kuning berisi keris itu. Ah! Sudah hilang dari tempatnya! Siapa yang curi?? Kadir mencari di sekeliling almari. Juga tiada! Habislah kalau jatuh ke tangan porang lain!!..(Bersambung...)

Monday, August 2, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep24

         Malam itu Zul perlu memberi mandi kerisnya. Zul menyediakan limau kasturi dan kemenyan. Sememangnya bau asap kemenyan itu agak tajam untuk dihidu. Zul membuka kerisnya dan mengeluarkan dari sarunngnya. Perlaha-lahan dia hiriskan limau kasturi pada bilah keris itu. Asap kemenyan semakin kuat. Tiba-tiba, datang satu lembaga yang agak besar dan berdiri di hadapannya.
        "Siapa engkau?"
        "Akulah toyol belaanmu. Aku telah laksanakan tugas ku dahulu. Namun, baru hari ini akun dapat bertemu denganmu."
      "Hehehehe!! Rupanya kau dengar juga suruhanku. Bagus!"
      "Apa lagi tugasku?"
      "Aku nak kau siasat dan bunuh toyol Kadir!"
     "Tidak boleh tuan!"
     "kenapa tidak?"
     "Kerana dia toyol pusaka. Aku yakin, dia tidak bersendirian. Jika aku cuba membunuhnya, aku khuatir tuan juga akan menjadi sasarannya."
     "Kalau begitu, kau curi duit orang kaya depan taman ni. Rumah paling besar tu. Kau ambil dalam RM 500. Kalau curi banyak nanti dia perasan lak."
    "Baik tuan. Pagi esok tuan periksa di bawah katil. Hehehe..." Makhluk itu terus ghaib. Zul tersenyum. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan belaannya. Selama ini dia hanya dapat berkomunikasi dengan suara sahaja.
 
     Seperti yang dijanjikan, Keesokan harinya, Zul melihat 10 keping duit RM 50 di bawah katilnya. Zul tersenyum dengan apa yang dilihatnya. Dia merancang untuk menguji lagi kehebatan toyolnya minggu hadapan. Cukuplah RM 500 seminggu. Lagi sebulan, RM 15 000!! Zul sudah lupa tujuan asalnya membela toyol tersebut.
     
     Zul segera bersiap untuk ke pejabat. Hari ini, dia tersenyum gembira. dengan senang hati dia memandu keretanya ke pejabat. Setibanya di pejabat, segera ke bilik Kadir untuk menghantar laporan akaun. dia mengetuk pintu bilik Kadir. Tiada jawapan. Mungkin Kadir belum sampai lagi. Entah kenapa Sejak kebelakangan ini, Kadir sering lewat ke pejabat. Dia membuka pintu bilik Kadir. AAHHHH!! Zul terkejut! Darahnya meyirap melihat lembaga berpakaian putih dengan rambut panjang tidak terurus dihadapannya. Gigi taringnya penuh dengan darah...matanya sebelah kiri pula tersembol keluar. Zul segera menutup pintu bilik Kadir dan kembali ke mejanya.
      "Apa kena kau ni Zul?" Tiara menegur. Melihat muka Zul yang pucat lesi.
      "Tak...Tak da apa-apa..." Zul cuba menyembunyikan apa yang dilihatnya. Selang beberapa minit, Kadir tiba. Kadir segera ke meja Zul untuk mendapatkan laporan akaun. Zul segera memberi kepada Kadir fail tersebut.
      "Kenapa kau ni Zul? Macam lihat hantu je?"
      "Tak, yak ada apa. Mungkin aku tak sihat." Zul cuba tersenyum. Kadir menggelengkan kepala. Lalu kembali ke biliknya. AHHH!!! Zul terlihat ada satu lembaga bersaiz budak kecil mengekori Kadir. Takkan orang lain tak nampak? Zul semakin seram...apa lagi yang Kadir bela? Setahunya, Kadir hanya membela toyol??? Serta merta Zul ke tandas untuk mententeramkan dirinya. Dia membasuh muka. Di tarik nafasnya perlahan-lahan..AARRGGGHHHHH!!!! Lembaga berpakaian putih tadi di belakangnya!! Dai melihat melalui cermin!
       "Siapa kau!! Apa kau buat di sini??" Zul Cuba berbicara dengan lembaga itu.
       "Kau dapat lihat aku? Hehehe...kau harus MATI!!" Lembaga itu seraya hilang dari pandangan Zul. Zul menoleh ke belakang. Seluruh badannya megeletar ketakutan.....(bersambung..)

Toyol dan Kisahnya Ep23

             Kadir menghantar Wani ke rumah mertuanya. Risau jika isterinya diganggu lagi. Yang dihairankan, bagaimana dia boleh katakan Wani yang memberi izin? Apa pula kitan Wani dengan semua ini? Atau dia hanya hendak memutar belitkan cerita?
       Setelah hampir 30 minit memandu, akhirnya mereka sampai di kampung ibu bapa wani.  Makcik Sheila yang duduk di serambi rumah tersenyum menyambutkehadiran anak dan menantunya.
      "Awal datang hari ni? Ada apa ni?" Makcik Sheila bertanya. Hairan melihat mereka datang menjenguk pada hari bekerja. Sememangnya agak janggal jika ke kampung pada hari pekerjaan. Wani tersenyum dan mencium ibunya.
      "Wani ni, takut nak tinggal rumah sorang-sorang. Saya pun risau jugak. Lagipun, banyak kes tak elok kat rumah kami tu." Kadir cuba menyembunyikan perkara sebenarnya. Dia tidak mahu keluarga wani juga terlibat dalam hal ini.
       "Apa yang berlaku?"Makcik Sheila cuba bergtanya lanjut.
        "Tak ada apa la mak. Dah, jom masuk. Abang Kadir nak kerja tu. Nanti balik dia ambik." Wani menjemput ibunya masuk. Pak Seman awal pagi sudah pergi menoreh. Masih kuat keringat orang tua itu walaupun sudah menjangkau usia 60-an.
       Kadir masuk ke dalam kereta dan memandu ke pejabat. Masih ada 1 jam sebelm wktu pejabat bermula. Selalunya dia akan awal 1 jam datang ke pejabat. Sememangnya dia seorang yang menjaga masa.

***********************************************************************************

Setelah selesai waktu pejabat, Zul mengajak KAdir balik bersama. Kadir menolak kerana dia hendak menjemput isterinya di rumah mertua. Zul hanya mengangguk dan pulang. Kadir mengemas semua barang kerjanya dan bersiap pulang.
        Dalam perjalanan ke kampung, dia terfikir kembali apa yang dialaminya sepanjang malam semalam. kotak fikirannya dipenuhi bermacam-macam andaian. Tanpa sedar, dia sudah sampai di kampung. Dia naik ke rumah mertuanya dan bersalaman dengan makcik Sheila dan Pak Seman. Setelah beberapa lama berbual, mereka meminta izin untuk balik.
      Setibanya di rumah, Kadir ke bilik air untuk mendi. Hatinya masih tidak tenteram dengan apa yang sudah berlaku. Malam itu, dia ke tapak toyolnya. Bagaimana dia hendak menyeru toyolnya itu?
     "Tuan cari saya?" tiba-tiba suara halus kedengaran dari dalam rumah.
     "Ya, aku cari kau. Di mana engkau?"
     "Aku ada di dalam rumah tuan. Usah risau, saya sudah halau hantu jahanam itu!'
     "Siapa dia? Dan apa bukti kau dah menghalaunya?"
     "Apa tuan masih ingat keris yang saya kirimkan kepada tuan semalam?"
     "Kau maksudkan keris dibalut kain kuning tu?"
     "Ya! Dia telah ku kurungkan didalamnya."
     "Baguslah, sekarang kau boleh keluar. Tugaskau dah selesai. Kembali ke tapak kau."
     "Tidak!! Aku tidak mahu! Aku tidak pernah berjanji untuk kembali!!"
     "Kau pembelot!! Aku arahkan kau kembali keluar!"
      "Hehehe....kalau kau hendak menyeruku, kau oanggil sahaja aku di dalam rumah ini. Hehehe.."
      Suara itu beransur lenyap....Kadir rasa ditipu mentah-mentah....Apa pula jerat si toyol lepas ni! (Bersambung..)

Saturday, July 31, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 22

"Baiklah, aku izinkan kau masuk. Aku nak kau halau dia keluar! Jangan bagi dia kacau keluarga aku!"

"hehehe...baiklah tuan. aku janji, sebelum subuh, dia akan meninggalkan rumah ini..." Lantas suara itu beransur hilang. Lembaga toyol itu juga ghaib bersama-sama suara itu.
     
Kadir bergegas ke biliknya. Wani sudah nyenyak tidur. Tiba-tiba Kadir berasa mengantuk. Lalu dia tertidur...
     Kadir bermimpi berada di sebuah hutan. Kiri dan kanannya hanya pohon kayu. suasana malam yang gelap membataskan penglihatannya. Kadir tidak tahu dia di mana dan ke mana dia harus melangkahkan kakinya. Tiba-tiba, dia terlihat dua lembaga di hadapannya. salah satu daripadanya ialah Toyol belaannya. satu lagi berambut panjang dan agak besar.
    
          Toyol belaannya tiba-tiba hilang dan lembaga berambut panjang itu menghampirinya. Kadir cuba lari, tetepi kakinya kaku..dia tidak mampu untuk bergerak! Ah! Hodohnya muka lembaga itu! Penuh berdarah! Kadir dicekik! Nafasnya tersangkut-sangkut...
    
          "AARGGGHH!!!" Kadir menjerit. Dah subuh rupanya....dia bermimpi teru hari tu..
         
           "Kenapa bang? mengigau?" Wani terkejut mendengar Kadir menjerit. Kadir hanya mengucap dan segera ke bilik mandi. Selesai solat subuh, kadir ke belakang rumah untuk melihat tapak Toyolnya. Eh, sudah tidak ada kesan di situ. Semuanya sudah menjadi seerti sebelum kedatangan toyolnya. Rata dan tidak terusik. Kadir hairan.apa yang terjadi? Dia kembali ke biliknya. Tiba-tiba, dia terlihat satu bungkusan bewarna kuning di atas mejanya.bila dibuka, sebilah keris bewarna cokelat dengan ukiran lama di sarungnya. siapa punya keris ni? Aku tak pernah pula memiliki keris? Hati kadir berbisik. kadir segera turun ke bawah mencari Wani.

           "Wani punya ke keris ni?"
          "Bukan lah. Buat apa wani nak simpan keris?" wani pelik dan hairan melihat keris di tangan suaminya. Kadir mula bingung.
           "Wani ke rumah ayah lah kalau takut diganggu lagi. nanti balik abang ambik la. nak?" Kadir risau membiarkan Wani seorang di rumah. Wani hanya mengangguk. Apa yangsebenarnya telah berlaku malam tadi? Kemana perginya tapak toyolnya? Apa maksud mimpinya malam tadi? Dan yang paling hairan, siapa punya dan bagaimana keris ini ada di atas mejanya? (Bersambung...)

Friday, July 30, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 21

Kadir mengetuk pintu rumahnya. Tiada jawapan. Dia membuka pintu rumahnya dengan kunci pendua. Ah!! Apa dah jadi ni? Kadir tergamam melihat isterinya pengsan di hadapan pintu. dia memapah isterinya ke sofa. Lantas dia mengambil air dan merenjskannya ke muka Wani. Wani tersedar.
       "Abang! Benda tu kat rumah kita!" Wani terus meracau. Seperti tersampuk hantu pula.
       "Sabar, sabar! Ceritakan satu-persatu." Kadir cuba mententeramkan isterinya.
       "Tadi..Lepas balik dari jenguk ayah, wani nak masak. tiba-iba wani dengar orang bergaduh kat luar. Wani ke luar nak tengok apa yang jadi. Bila tengok, takda apa pun. Tiba-tiba lepas toleh ke belakang, ada wanita bermuka sangat menakutkan muncul! Wani takut.." Wani menangis kerana masih takut. Masih segar wajah yang menakutkan itu di dalam ingatannya.
         Kadir segera ke belakang rumah menjenguk tapak toyolnya. Tidak ada apa-apa yang ganjil.
        "Wani, mana wani letakkan yulang kambing?"
        "Ada kat dapur bang..."
        Kadir segera ke dapur..Apa pula ni? Kadir melihat dapurnya bersepah. Darah kambing merata-rata. Bila dipeiksa plastik itu, tidak pula diusik sangat. Kadir membersihkan dapur rumahnya. memang agak teruk juga dapurnya itu. setelah beberapa jam, siap juga akhirnya. tulang kambing juga sudah ditanam di belakang rumah. Malam itu, Kadir bertekad untuk bertanya apa sbenarnya yang sedang berlaku kepada toyolnya..

**********************************************************************************
"Wahai toyol, keluar la engkau! Aku nak berbicara!" Lalu angin malam bertiup sayup, muncul lembaga hitam di hadapan Kadir.
 "ada apa tuan..."
"Apa yang kau dah buat pada isteri aku? Kau nak bunuh dia?"
"Aku tidak berbuat apa-apa tuan. Cuma tegah hari tadi ada lembaga ikut isteri tuan balik. Aku cuma nak halang dia masuk rumah. Tapi dia lagi kuat."
"Siapa?"
"aku tak tahu. Tapi aku yakin dia sangat rapat dengan isteri tuan...masakan aku juga kalah!"
"Kenapa kau tak kotakan janji kau? Bukankah kau dah berjanji untuk lindungi aku dan isteri aku?"
"Ya, aku cuba. Tapi dia terlalu kuat. Malah tugasku mencari duit. Aku tidak cukup kuat untuk menjaga."
"Habis, di mana lembaga tu?"
"aku pasti ada di dalam rumah tuan. Makhluk sepertiku tidak dapat masuk ke rumah manusia tanpa izin. Tapi aku tak tahu kenapa dia boleh masuk. Pasti tuan atau isteru tuan yang memberi izin."
"Hah!! Isteriku memberi izin?"
"Ya, tuan seboleh-bolehnya tuan izinkan saya masuk untuk mencari."
Kadir bingung....patutkah dia memberi izin?? ....(Bersambung...)

P/S: Episod ini agak special. Semua pembaca boleh memberi suggestion sama ada memberi toyol masuk atau tak. Vote yang palibg tinggi akan diambil kira. Tinggalkan jawapan anda di ruang komen..

Thursday, July 29, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 20

     "Mana kau tahu aku sasarannya? Kau sama sepakat?"
     "Kalau aku bersepakat, sudah lama aku khianati kau. Kau tuan aku, aku akan ikut apa yang kau suruh."
    "Kalau macam tu, kau lindungi aku. Kalau hantu tu datang, kau halang ikut suka engkau!"
    "Baik tuan. Hehehe..." Suara itu beransur hilang. Esok bulan purnama. Kadir perlu menyediakan makanan untuk toyolnya. Dia segera ke bilik dan tidur. Hari esok masih misteri buatnya...

************************************************************************************

          Hari itu Kadir sudah bersedia. Awal-awal pagi lagi dia sudah menyuruh isterinya ke kampung untuk mencari tulang kambing. Wani ke kampung nya untuk mencari tulang kambing. dalam masa yang sama, dapat juga menjenguk mak dan ayah di kampung.
         "Datang pun kau ke mari wani. Lama dah tak jenguk mak." Makcik Sheila memeluk anaknya itu. Pak Seman keluar menjenguk siapa yang datang. Tersenyum melihat anaknya Wani.
        "Kenapa tiba-tiba balik ni? Ada apa?" Pak Seman bertanya. Agak hairan juga melihat anaknya otu belik ke kampung. Sungguhpun tak lah jauh sangat dari bandar.
        "Saja je mak nak balik. Rindu nak jenguk mak dgn ayah."
        "Bagus lah. Mana Kadir?"
        "Dia kerja mak. Wani datang ni pun kejap je. Nak cari Tulang kambing. Buat sup."
       "Eh, ada mak simpan untuk kamu. Beruntung la kamu ni. Baru je tadi ayah kau tolong orang kampung sebelah sembelih kambing untuk buat kenduri. Ada lebih sikit, dia sedekah la kat ayah kau. Ambik la kat belakang rumah." Makcik Sheila segera berangkat ke belakang rumah. Selesai kerja Wani. Nasibnya sungguh baik hari ini.

       Setelah bersembang agak panjang dengan keluarganya, Wani memohon diri untuk balik. Sudah lewat juga. Dia harus memasak lepas sampai rumah nanti. Dalam perjalanan balik, Wani perasan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari belakang. Namun, dia tidak pula nampak sesiapa. Wani rasa agak pelik. hatinya sudah berasa risau.
      Setibanya di rumah, Wani segera menutup pintu dan membawa bungkusan berisi tulang kambing ke dapur. Biarlah suaminya yang uruskan semua ini nanti. Wani mengemas rumahnya yang agak bersepah dan Menyediakan mekanan untuk suaminya. selang beberapa jam lagi, suaminya akan balik. Justeru, dia harus cepat.
        Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti orang bergadu di luar. Mulanya Wani menganggap kucing yang bergaduh. Tetapi, semakin kuat pula bunyi itu. Wani segera ke luar rumah. Namun, tidak ada apa-apa yang berlaku. Wani menutup pintu. Bila mana enoleh ke belakang...AAAARRRGGGHHHH!!!!!!!!! Satu lembaga yang sangat buruk muncul betul-betul di hadapannya!! Mukanya penuh darah!! Wani tidak dapat menahan dirinya....lalu pengsan....
         "Hehehe...hahaha!!! Manusia memang begini! Sekarang aku perlu laksanakan tugas aku..." Lembaga bermuka hodoh itu segera ke belakang rumah...(bersambung...)

Tuesday, July 27, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 18

          Sebelum balik ke rumah, Zul disuruh mandi bunga dan meminum air kelapa. Ilham juga begitu. Zul kemudiannya meminta diri untuk balik. dalam perjalanan balk, dia teringatkan lembaga kecil yang telah mencakar mukanya. sungguh sakit hatinya bila diperlakukan begtu! Dia tidak melihat keseluruhan wajah hantu itu, tapi dia pasti ianya toyol! dan ianya milik Kadir! Dia tak menyangka Kadir sanggup membuatnya begitu! dia sudah bertekad, untuk membalas dendam dengan belaan barunya!
         Zul membuat seperti apa yang Pak Keman nasihatkan. Setiap malam purnama, dia akan mengasah kerisnya. Zul hanya berbuat seperti biasa tatkala berjumpa Kadir. seperti tiada apa yang berlaku.
   

**********************************************************************************

           Malam itu, ketika Wani sedang nyenyak tidur, Kadir senyap-senyap keluar memberi makan kepada toyolnya. Mujur bulan itu

Monday, July 26, 2010

Toyol dan kisahnya Ep17

  Pagi itu, Kadir bagun awal. Dia keluar mencari bahan-bahan untuk menyediakan tapak untuk toyolnya. Kini dia pasti bahawa toyol yang datang kepadanya ada gunanya. Dia sudah nampak niat Zul yang cuba mengkhianatinya. Tapi apa pula yang terjadi di pihak Zul? Kadir sedikit pun tidak tahu. Lantas dia segera menyiapkan tapak toyolnya itu. Wani hairan melihat suaminya bangun awal untuk menyiapkan semua itu. Tidak pernah pula dia lihat suaminya begini. Wani takut untuk bertanya. 

            Setelah siap, Kadir menimbus kawasan tersebut dengan tanah merah. Takut bau darah itu naik ke rumah pula. Kadir melihat hasil

Sunday, July 25, 2010

Toyol dan kisahnya Ep16

Kadir bergegas ke rumah Zul setelah selesai kerja. Dia memberitahu wani bahawa dia terpaksa balik lewat sedikit. Kadir memacu keretanya ke rumah Zul dengan pantas. Risau apa yang telah dilakukan oleh toyolnya kepada Zul.
      Setibanya di rumah zul, Kadir segera memberi salam. Salamnya disambut oleh suara zul yang agak lemah. Zul menjemput kdia masuk. Alangkah terkejutnya Kadir melihat wajah Zul yang teruk dicakar!
      "kenapa kau ni Zul?"
      "aku tak tau nak cakap macam mana Kadir..kalau aku cakap nanti, aku takut kau tak percaya."
      "Kau kena cakar toyol?"
      "eh, Mana kau tau?"
      "aku teka je. Betul?"
     "Ya, malam tadi semasa aku tidur, ada 1 lembaga kecil datang. Dia ketawa kuat dir! Lepas tu cakar muka aku ni. aku nak lawan, tak dapat. kuat benar dia tu."
     "Macam mana  dia boleh cari kau?"
    "err...aku pun tak tau la kadir."
     "Tak apa lah. Kau pegi jumpa doktor cepat. Nanti makin parah.."Kadir menepuk-nepuk bahu kawannya itu. Dari percakapannya, Kadir tahu bahawa Zul cuba mengambil wang syarikat simpanan nya. Berguna juga toyol belaan nya itu. Sesuai dengan jawatan yang dipegangnya sekarang. Kadir meminta izin untuk balik.
    "Oh...rupanya kau bela toyol ya Kadir...patutlah paak guard hari tu nampak budak kecil dalam kereta engkau...dan engkau lah yang curi duit aku dulu...." Hati kecil zul berbicara. sengaja dia menguji Kadir. ternyata telahannya selama ini tepat.
    "Kau nak tikam aku dari belakang ya...jangan harap!" Zul menutup pintu rumahnya setelah kadir hilang dari penglihatannya.

    Setibanya di rumah, kadir terus ke biliknya dan mengunci pintu. wani pelik dengan sikap suaminya.
    "Toyol, keluar kau! aku nak berbicara  dengan engkau!" kadir menyeru toyolnya untuk keluar. Tiba-tiba angin sayup-sayup meniup. biliknya menjadi sejuk seketika. Lalu kedengaran suara halus berbicara.
   "Hehehehe..apa tuan? sya datang menurut perintah."
   "Apa kau dah buat kepada Zul? Kenapa Zul sanggup curi duit tu?"
  "Heheheh...aku cuma memberi sedikit pengajaran! kenapa dia curi? itu tuan tanya sendiri kepadanya. Aku tidak tahu. Tugasku hanya mengambil kembali harta tuan."
  "Aku tak tau kenapa Zul sanggup buat aku begini!"
   "hehehe...selagi bernama manusia wahai tuanku!"
   "Baiklah, tugas kau dah selesai setakat ni. Kau boleh pergi."
   "Baik tuan, saya pergi. Tapi jangan lupa setiap bulan purnama. dan satu lagi, kalau tuan hendak menyeru saya, ada lebih baik tuan sediakan satu tempat. tempat itu hendaklah disiram dengan darah kambing hitam dan ditabur dengan air limau kasturi. saya akan bertapak di sana. carilah saya di sana setiap kali tuan ada permintaan. hehehe..." Suara itu berabsur hilang dan lenyap....Kadir segera membersihkan diri. Malam itu, Kadir masih teringatkan zul. Tak mustahil Zul akan melakukan perkara yang lebih teruk 1 hari kelak. Lantas dia berazam untuk menyediakan tapak untuk toyolnya esok....(bersambung)

Saturday, July 24, 2010

Toyol dan kisahnya (review)

Assalamualaikum kepada semua pembaca Toyol dan Kisahnya. mulai saat ini, penulis terpaksa mengupdate cerita toyol pada sebelah pagi. Bukan lagi seperti biasa iaitu pada pukul 12 malam.
    hal ini kerana, penulis sudah tak mampu lagi untu update cerita sebegini pada waktu malam. sudah 2 minggu penulis update pada waktu malam dan hasilnya penulis sendiri yang terkena...harap pembaca semua faham...
 Sudah 2 minggu ini penulis terpaksa bergelut untuk tidur malam. Hampir setiap kali menulis cerita toyol, penulis akan diganggu dan seperti dihalang untuk menulis. Jadi, penulis terpaksa menulis pada waktu pagi. semoga terus membaca...
p/s: bagi yang nak tulis cerita seram, fikir2 la banyak kali...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails