Followers

Sunday, July 18, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep9

                      Kadir mengucap panjang melihat apa yang ada di hadapannya! sebuah kubur bersaiz budak kecil siap dengan batu nisan...Kadir tak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Perasaan yang bercampur baur menjadikan dirinya begitu takut. Bila pulak semua ni jadi? Kadir menggelengkan kepala. Tanda tidak percaya.
Kadir kembali ke biliknya. dilihatnya Wani sedang nyenyak tidur. Tidak tahu apa yang sedang berlaku

       Kadir baring dan melelapkan mata. dirinya sudah sangat letih hari ini...Esoknya, kadir menceritakan segala apa yang dia lihat pada malam tadi. Wani langsung tidak percaya.

"Jom ikut abang ke belakang kalau tak percaya!" Wani segera mengikut Kadir. ternyata, tidak ada apa2 di belakang rumah tu. Kadir bingung...apa yang dilihatnya semalam? Wani menggelengkan kepala.
"malam tadi ada! Abang yakin!"
"Sudah la bang. Mungkin abang penat sangat. terlalu banyak berfikir tentang benda tu. Dah la, jom kita makan dulu. Sarapan tu penting"

Kadir ikut sahaja isterinya. Dia masih bingung. Apa yang dilihatnya malam tadi? Mungkin benar, dia terlalu letih. Harap2 hari ni dia tak diganggu lagi. sudah penat dia diganggu.

sepanjang hari itu, kadir mengawasi isterinya. Risau kalau2 isterinya menjadi tebusan lagi. Sepanjang hari itu mereka tidak keluar rumah. sehingga lah petang, Kadir sedikit lega. Tiada gangguan pada hari itu. semuanya seperti biasa.

  Malam itu, Kadir dan wani tidur dengan aman. Tiada gangguan seperti malam2 sebelumnya. Hairan pula Kadir. mungkin kerana dia sudah menurut segala kemahuan lembaga tu. tu la dia tak ganggu.

"Abang turun kerja elok2 ek?" Wani mencium tangan suaminya. risau pula kadir takut apa2 terjadi pada Wani. Risau maninggalkan isterinya seorang. Namun, Kadir memujuk dirinya untuk bertenang. setibanya di pejabat, Kadir melihat meja Zul kosong. Ke mana pulak mamat ni? Selalu dia la yang awal datang.

"Zarina, Zul mana? dia tak datang ke?"
"Ada tadi. Tapi lepas dapat kol, dia terus keluar. tak tau pulak pergi mana."
Kadir hairan lalu menelefon Zul.

"Bro, kau pergi mana awal pagi ni? aku dgr kau ada datang pejabat tadi."
"Betul bro, aku ada pergi pejabat tadi. tapi, bini aku kol, rumah kami kena rompak. Habih barang kemas isteri aku dgn duit kami dia sapu."
"Hah!!!!! Kau kena rompak??" Kadir terbeliak...mesti angkara lembaga jahanam tu! Kadi segera balik ke rumah. dalam perjalanan, dia terfikir apa yang pernah dicakapnya kepada zul dulu.
"Kalau toyol, aku suruh dia rompak kau!"
terngiang-ngian perkataan tu...enyesal dia bergurau sedemikian kepada zul!!!

setibanya di rumah, kadir terus ke biliknya. benar, semua barang zul ada di situ. wani terkejut melihat harta sebanyak tu di bawh katil mereka. Padahal, wani baru sahaja membersihkan bawah katil itu tadi!!!
"Keluar kau keparat!!! Aku nak penjelasan semua ni!!!"
Kadir memberontak!
"tuan panggil saya? hehehehe!!!"
Wani rebah tiba2...Tidak!! Isterinya jadi mangsa lagi!!
"Jangan risau...aku tak masuk dalam badan dia...aku ada di sekaliling engkau..aku cuma xnak dia dengar..hehehe!!!"
"kenapa kau buat semua ni! Aku tak suruh pun!!!"
"Aku cuma ikut arahan engkau..."
Mana engkau! Aku nak bunuh kau!!!"
"hehehehe...." suara itu semakin kuat....dan semakin kuat...Pammmm!!! Kuat bunyi pintu ditutup....
(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails