Followers

Wednesday, July 28, 2010

Toyol dan kisahnya Ep19

               Kadir terpaku melihat sehelai kain kafan yang sudah lusuh berlumuran darah. Siapa yang punya kain kafan ini? Apa toyolnya hanya hendak mempermainkannya? Kadir sudah tidak punya masa yang banyak. Segera dia ke pejabat kerana sudah lewat. Wang serahan syarikat juga dia tidak temui. Apa pula alasan yang dia hendak beri hari ini? Ah! hentam lah!
              Pintu biliknya diketuk. kadir terkejut bercampur risau. Khuatir bosnya yang mengetuk.
             "Kadir, tuan Azman suruh ke biliknya. Katanya, ada perkara yang hendak dibincangkan."
             "baiklah, saya akan datang."
             Kadir mengemas mejanya dan segera ke bilik tuan Azman.
             "Hah, sampai pun kamu. Duduk." Azman duduk dan menunggu apa pula yang tuan Azman akan cakap. Dia sudah bersedia untuk menerima leteran orang tua itu.
           "Lain kali, kalau nak serahkan duit, serahkan terus kapada saya. jangan main letak je atas meja. Kalau staff lain masuk dan ambik, macam mana?"
            Hah?? Bila masa pula aku letak atas meja tuan Azman? Kadir tak tahu nak cakap apa. dirinya diselubungi 1001 perasaan pelik.
            "dengar tak apa yang saya cakap ni?" Tuan Azman tersenyum melihat Kadir mengelamun.
           "Ah, ya! Saya dengar tuan. Lain kali saya tak ulang lagi!!" kadir segera menjawab.
           "Kalau begitu, awak boleh balik ke bilik awak. Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Kerana sanggup jaga duit sebanyak ni. Dah dua kali awak simpan."
            "Tak mengapa tuan. Saya hanya menjalankan tugas."
            Lalu Kadir meninggalkan bilik tuan azman. Dia masih penih dengan tanda tanya. Bagaimana semua ini boleh terjadi? Apa makna kain putih di rumahnya pagi tadi? Dia balik ke biliknya untuk kembali bertugas.

**********************************************************************************

          Malam itu, Kadir tidak dapat melelapkan mata. Wani sudah tidur lama. Sungguh nyenyak. Kadir segera ke belakang rumah untuk berjumpa belaannya.
          "Toyol, keluarlah. Aku ada benda nak tanya."
           "Apa dia?" Satu suara bergema kedengaran. Tiba-tiba muncul 1 lembaga kecil muncul di hadapan kadir. dalam jarak 10 meter.
          "Apa makna kain kafan ini? dan bagaimana duit itu ada di atas meja tuan Azman pagi tadi?"
          "Aku cuma dapat terangkan mengenai kain kafan itu. Pasal duit itu, aku memang tak tahu. malah aku tak nampak pun duit itu. Sehingga pagi tadi, selepas ianya ada di atas meja majikan kau."
         "Jadi, apa maksud kain kafan ini?"
         "Imi milik toyol jawa. Dia yang mengambil duit kau"
         "Siapa yang bela? Mana kau dapat?"
         "siapa yang bela aku tak yahu. Kerana dia sudah bersumpah untuk taat setia kepada tuannya. Kain ini aku perolehi dari alam aku. Di mana dia berasal."
        "Aku masih tak faham.."
        "Jangan risau, 1 hari nanti kau akan faham., Cuma aku nak nasihatkan, kau kena berhati-hati kerana sasaran dia setakat ni adalah engkau!"
       Kadir tergamam!!...(bersambung...)

2 comments:

  1. Beautiful way of posting I really love it, carry on and thanks for sharing such a wonderful post with us.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails