Followers

Sunday, July 4, 2010

Gadis bertudung..org kata x semua baik..Tapi bagi aku..

Assalamualaikum semua. Salam ukhuwah dan selamat bertemu kembali. Bagi yang dah pernah lawat blog aku sebelum nih, welcome back! 

Tujuan aku tulis post ni cz aku terbaca 1 blog yang mem perkecilkan org yang bertudung. Bukan blog tu je, malah banyak lagi blog yang memperlekehkan org yang bertudung. Kalau buat ratio, website yang memperlekehkan gadis bertudung lagi banyak dari
yang mempromosikan pamakaian tudung. (Kalau x caya, try google "gadis bertudung"). Sampaikan dalam minda kita sendiri pon, kalau sebut gadis bertudung, mesti ade yang tersengih...(paham2 la ek...) . Istighfar banyak2. Bertudung ni Bukan mak bapak suruh, bukan ustazah@ustaz suruh, Malah bukan Rasulullah suruh. Tapi ALLAH SWT yang suruh!! Ramai yang kata "ala, buat apa pakai kalau terpaksa..."....bila aku dgr menda ni, aku rasa sedih. Korang kalau nak tau, manusia ni kalau x dipaksa buat baik, diorg mmg x buat. Mmg sengaja Allah paksa kita untuk buat baik. Contohnya, solat. Sabda Rasulullah SAW, kalau anak yang berumur 7 tahun suruhlah dia sembahyang. dan pukullah jika x solat kalau dah berumur 10 tahun. Korang pikir elok2, umo 7 tahun tu dah baligh ke belum? Kalau 10 tahun? dah baligh? Knp paksa dia solat? Dosa pun blm tanggung sendiri? Haaaa!!! Kat sini dah jelas, Islam mmg paksa kita untuk buat baik. Malah sejak kecik lagi kita dipaksa untuk buat amalan2 ni semua. Supaya kalau dah besar, kita tak payah nak dipaksa lagi. Dah liat nak bentuk. So, sama la dgn tudung tu. Kena paksa pakai baru la selesa. Ni dah terbiasa free hair, mmg la liat nak pakai. 
  Berbalik pada kes awal tadi, Kalau sebut je wanita bertudung, kita akan fikir apa? Korang tanya la pakwe, adik laki, abang korang. Apa yang dia fikir. Aku malas nak bagitau. Dari survey yang team kitaorg buat, 87% remaja Melayu lelaki mempunyai mind set negatif ttg wanita bertudung. Apa dah jadi ni beb???? Remaja MELAYU LELAKI??? Malu ar...cz aku pon Melayu gak...(kacukan Melayu-melanau..hehe). Tapi apa nak buat, dah kita sendiri yang cipta benda ni.

                      Mmg betul, banyak kita dgr wanita bertudung buat hal. Masuk paper la, video la, apa ntah lagi. Malah, ada yang buat rakaman sendiri lagi. Apa kes ni? mmg sakit hati la tgk. pakai tudung, tapi buat dosa. Mmg bagi malu la. But, adakah patut kita salahkan Tudung yang dipakai???? Apakah kita melebelkan semua gadis bertudung mcm tu? Come on!! Rasional skit! Yang buat dosa tu manusia. Bukan Tudung yang dia pakai. Ramai yang cakap mcm ni

 "Ala, org bertudung pun buat sex dgn BF diaorg. tak la baik sgt! Baik aku x bertudung tapi masih suci!" 

aku agak panas bila dgr ayat nih. Ada lagi yang labih melampau, tapi aku xnak sebut kat sini. Harap2 yang tulis entry tu baca post aku ni. Ok, back to our main discussion. kat atas tu adalah satu ayat yang membelakangkan agama. Korang perasan x? Dia dah perlekehkan suruhan Allah. Dia menidakkan agama Allah. Sekarang korang nilai, siapakh kita untuk menjatuhkan murka kepada manusia??? hebat sangat kah kita sampai boleh cakap org lain x baik? X SUCI????? 

Maksud terjemahan Al-quran:

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). Al-An'am, ayat 70.

Dari ayat kat atas, ternyata mempersendakan hukum Allah itu sangat la sakit azabnya. terpulang la kpd korang nak dgr ke tak nasihat aku ni. Kalau nak berubah, x semudah yang kita sangka. aku paham sgt dah ayat mcm ni. selalu sgt dengar. Kena paksa pakai tudung? Panas? Tak Cantik? X cool? BF X suka? Apa pun alasan korang, selagi mana korang rasa islam yang korang bawak tu penting, tunaikanlah benda asas ni. di samping solat 5 waktu  dan amalan wajib yang lain. Tujuan post ni bukan apa, just nak pertahankan maruah wanita bertudung yang sekarang ni tgh hangat org perlekehkan. 
          Aku pun berkawan dgn budak2 samseng, kaki botol, judi semua. bila aku tanya pasal kawen kat diaorg, diaorg pun bagi jawapan yang sama. 

"Mesti la aku nak yang baik bhai! At least bertudung. Baru sejuk mata memandang!'

"Nak bertudung la bro! Yang free hair bersepah kat lorong." (Sorry, agak kasar jawapan mamat ni)

Kalau yang terasa tu, aku mintak maaf sgt2. Aku sayang korang semua. Cz org Islam tu bersaudara. Aku xnak saudara aku ni nanti kena bakar kat neraka pasal benda remeh mcm ni. 

Kalau boleh, sebarkan la post ni. Korang nak copy paste pun xpe. Asal jangan buang nama aku kat bawah tu. Supaya org tau asal post ni dari mana dan senang kalau diaorg nak tanya apa2. Aku bukan dari skol pondok. Xda latarbelakang agama yang kuat sgt. Mak ayah just cikgu biasa je. 

Original Post by,
Mohd Asyurul Khazwan 

asyurul90@gmail.com

Salam Ukhuwah dari aku.....

8 comments:

  1. best entry..selalu orang cakap tiada paksaan dalam islam,tapi diorang misunderstand ayat tu...yang tiada paksaan ialah dalam nak memelok islam,bile da islam ade je paksaan ke arah yang baik..betol ke x ni pemahaman..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Tiada paksaan untuk memeluk Islam. tapi kalau dah paluk islam, xkan nak bt bodo je.

    ReplyDelete
  3. yang pasti zaman sekarang.. ramai yg dedahkan diri sendiri dan ramai jugak yg dedahkan keaiban saudara seislam sendiri...bila ada terjadi yg mengaibkan..jangan lah diceritakan pada sesiapa kecuali utk tujuan pengajaran..dan pada masa sekarang..taip melayu di google..tgk apa yg kuar..then taip cina..then india..bezakan antara tiga..kenapa terjadi semua ini..hanya yang mengaibkan sesama sendiri boleh menjawab nya..sekian komen..harap xda yg terasa..hanya komen ikhlas..salam

    ReplyDelete
  4. Em, btl tu. banyak sgt dah jadi mcm ni. sedih dgr.

    ReplyDelete
  5. kebiasaan mewajarkan kesalahan.
    buat perkara baik pula menjadi slah.

    ReplyDelete
  6. perbanyakkan entry macam ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails