Followers

Saturday, July 24, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 15

Wani segera bergegas ke atas. Risau apa-apa yang akan terjadi pada suaminya.
"Abang!!" wani terkejut melihat Kadir terbaring dengan mulut ternganga! Kadir termuntah-muntah. Lehernya seperti tertelan benda tajam. Wani memerhati muntah Kadir....Ah!! Banyaknya benda tajam!! Paku, pin, mata pisau cukur...semuanya ada!! Wani pelik melihat semua itu. Dia segera
       "Apa wani letak dalam makanan abang! Nak bunuh abang?!!" Kadir marah kepada isterinya. Wani kaget sebentar. Mana mungkin dia mahu bunuh suaminya itu!
      "Mana ada wani buat semua ni bang!! Kan wani sendii makan dengan abang tadi!" Wani tegas dengan pendiriannya. Benar juga apa yang wani cakap. Lagipun mana mungkin wani sanggup lakukan semua itu kepadanya. Kadir mula kembali stabil. dia bengun dan beristighfar sebentar.
       "Abang minta maaf...siapa yang buat semua ni? Abang pasti ada orang yang dengki dengan kita..."
       "Siapa bang?"
       "Ntah..abang tak tahu lagi siapa. Tapi yang pasti, bukan hanya kita yang tahu semua ini. Pasti ada yang lain juga." Kadir segera bangun dan membersihkan semua bekas muntahnya. Memang pelik. Macam mana dia boleh telan semua benda itu? Jarum, kaca, pin...entah apa lagi dia yang ada dalam badannya. Kadir terus ke ruang tamu untuk menenang kan fikirannya. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
       keesokan harinya, Kadir pergi ke pejabat seperti biasa. Dia terus masuk ke biliknya. Tiba-tiba dia terlihat sepucuk surat di atas meja. Kadir segera membuka surat tersebut...Ah!! Tidak!! Dia segera ke bilik bos. Belum sampai...dia terus berjumpa Laila.
"kalau bos sampai nanti bagitau aku! Penting!" Kadir terus ke biliknya dan menyiapkan beberapa laporan segera. Selang beberapa minit, telefon di atas mejanya berdering. Ah! Bos dah sampai! kadir terus ke bilik bosnya.
    "Tuan, apa semua ni? Saya tak faham? Kena perlu saya yang melakukan semua ni?"
    "Oh, awak dah dapat surat tu? Baguslah. Kadir, kita sekarang dah dapat projek yang besar. Jadi, kalau ita lepaskan peluang ni, kita akan rugi besar. Jadi, client kita dah bersetuju untuk memberi modal permulaan sebagai pendahuluan kepada penerimaan projek ini. Masalahnya sekarang, akaun syarikat masih dalam proses pertukaran. So, saya nak awak pegang dahulu duit pendahuluan tu sebelum akaun baru syarikat dibuka."
      "tapi jumlah tu sangat banyak tuan. Saya risau akan hilang nanti. Saya tak mampu nak bayar.."
      "Hahahaha!! Jangan risau, saya yakin takkan hilang. Lagipun, proses pertukaran akaun mungkin akan siap esok. Awak cuma perlu pegang sehingga pukul 10 pagi esok. boleh?"
       "Baiklah, saya cuba.." Kadir menerima amanah itu dengan hati yang tak rela. Mana tidaknya, duit itu sangat banyak. Namun, dia sebagai ketua bahagian kewangan, terpaksa menjalankan tugas. Selesai menandatangani surat itu, Kadir segera kembali ke biliknya. selang beberapa minit, Tuan Azman datang memberikan 3 sampul surat tebak kepadanya.
        "semuanya berjumlah RM200 000 ringgit. Jaga elok-elok.." Kadir mengangguk dan menyimpan sampul itu ke dalam lacinya. Kadir  kemudiannya menjalankan tugasnya seperti biasa.
        "Ah! Sudah pukul 6.00."Kadir melihat di luar sudah tiada orang yang tinggal. Dia segera berkemas dan bersiap untuk balik. Dia terlupa duit syarikat di dalam lacinya...mungkin kerana terlalu letih bekerja..

 Setibanya di rumah, Wani sudah menyiapkan makanan. Kadir bersiap dan makan seperti biasa. Dia mesih tak sedar akan duit syarikat yang dia tinggalkan. Sehinggalah waktu tidur......
         "Tuan!! Bangun tuan!!!" Sayup-sayup suara halus mengejutkan Kadir di tengah malam.
          "Siapa yang ganggu aku malam-malam buta ni..."
          "Saya, toyol tuan! Tuan sudah lupa ke duit syarikat tuan di pejabat?"
          "Hah!! Ya Allah!! Aku lupa!!" Kadir segera bangun dan hendak ke pejabat.
         "Tuan...usah pergi...duit itu sudah tiada di tempatnya!"
         "Kenapa kau cakap macam tu??"
         "Hehehe!! kerana ada manusia sudah mengambilnya!!!"
         "Siapa?"
         "Pagi esok tuan akan tahu! Tuan nak saya buat apa?"
        "Kau pergi ambil balik duit tu dan serahkan kepada aku sebelum subuh!"
         "hehehe..baik tuan! Ada apa-apa lagi?"
         "Tak ada. Aku nak duit tu sebelum subuh!"
         "Hehehe....baiklah..."
        Kadir menyambung tidurnya...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Setibanya di pejabat, Kadir segera ke biliknya. Dia segera membuka laci mejanya dan melihat duit syarikat sudah bertukar sarung. Kini duit itu sudah dibalut dengan daun pisang...Bila dikira, duit itu cukup jumlahnya.
Tapi, siapa pula yang curi? betul ke dicui malam tadi? Atau si toyol sengaja hendak mempermainkannya?
Tiba-tiba telefonnya berbunyi..
"Helo?"
"Kadir, bagitau Fina aku tak datang hari ni...Aku ambik cuti.."
"Kenapa Zul?"
"Aku cerita nanti kau tak percaya Kadir...nanti aku ceritakan..demam aku dibuatnya.."
Kadir tergamam...apa mungkin Zul yang mencuri??..Apa yang toyol tu buat pada Zul? (Bersambung..)
                  
      

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails