Followers

Thursday, July 29, 2010

Contest: Ada apa dengan Nama.

Salam semua...

Hamba terpanggil pula untuk menjoinkan diri dalam contest oleh CLEOPUTRI ini. Selain itu, dapat juga hamba buat sedikit review tentang blog berpuaka ni.

Sedikit tentang  CLEOPUTERI 

Sebenarnya, tak pula hamba kenal sangat dengan blog Cleoputri ni. Namun, hamba tertarik pada entry beliau tentang Disebalik Penjara Pudu yang hamba rasa sesuai untuk hamba olahkan cerita pula selepas ni. Dalam entry tu beliau ceritakan tentang sedikit latar belakang penjara pudu. Mungkin selepas ni hamba boleh ceritaikan pula kisah-kisah mistik di sebalik Penjara besi tertua negara tu...










Mengenai contest ini

Sebelum hamba menulis lebih jauh, elok rasanya hamba tunaikan syarat-syarat pertandingan ini dahulu..
hamba telah keluarkan 1 seruan kepada semua pengikut hamba di facebook mengenai pertandingan ini. Harap-harap, ada sambutan. Antaranya:
1. Niya takahashi
2. Pena Moja
3. Pena Hidup : N. Nazwa

Sejarah Alam Yang Lain

 Hamba mencipta blog ini pada 29 Jun 2010. Maka, Blog ini baru setahun jagung. Agak bingung juga hamba memikirkan nama untuk blog ini. ye la, kena sesuai juga dengan isi Blog. Takkan hamba nak letak News Straits Times atau Utusan Melayu pula.
       Justeru, hamba membelek semula semua post yang ada ketika itu. Pada masa hamba embelek itu, blog ini masih tidak bernama. Otak hamba semakin blank, lalu hamba google sahaja. Apa yang hamba lihat bila tulis "cerita Hantu", cariannya sangatlah sikit. Malah, banyak cerita yang berakhir.."Rupanya aku bermimpi.."
Hamba terus berfikir untuk mencipta 1 cerita yang jauh lebh thrill. Maka lahirlah cerita "Toyol dan kisahnya" yang kini mendapat sambutan yang hangat. tengok sahaj follower tu, baru 4 minggu lebih dah 57 orang follower.
       Hamba nak letak nama Toyol, bagai mana pula dengan hantu lain? Lalu seorang member suggest "Blog Alam Ghaib". bagus juga nama itu. Hamba pun bercadang hendak letak. Tetapi, semasa sedang menulis tajuk itu, hamba terlihat 1 program di TV 3 iaitu ilmu Alam Ghaib. ah, sudah ada orang ambik nama itu rupanya...
      Setelah hamba buat sedikit lagi kajian, owh! Rupanya alam ini bukan hanya ada Alam kita dan Alam ghaib! tapi lebih dari itu. Maka di sini, hamba akan cuba mengetegahkan apa yang kita sering anggap Misteri selama ini. Maka, muncullah ALAM YANG LAIN......
      Selepas cerita toyol, jangan lupa, akan muncul pula cerita "Langsuir dan Pontianak..apa bezanya?" Jangan ketinggalan....
   

2 comments:

  1. sori la saya mesti taktersengaja terlupa tinggalkan komen. huu..apsal tak bgtau?
    tp takpe, saya memang dah baca masa mula2 submit enrty ni. so, penyertaan ini diterima.
    jgn lupa nantikan pengumuman keputusan malam ini ye.
    thank youuu~ :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails