Followers

Monday, July 12, 2010

Toyol dan kisahnya Ep2


               Bunyi ketawa yang semakin jelas tu membuatkan kadir rasa makin seram. Ye la, tgh2 malam ni sapa la ketawa dpn bilik dia. Lagipun dlm rumah tu bukan ada org lain. Dia dan bini dia je. Nila sampai je dpn pintu, Kadir terus membaca bismillah dan...Zap!!! "Tak ada apa lak??" Kadir bingung bila melihat di hadapannya hanya tile putih dan dinding putih. Xda sapa2 pun dpn pintu tu. Padahal tadi bukan main suka suara tu gelak. Kadir bingung....."Mungkin aku tertekan sangat kot..." Kadir bermonolog sendiri. "Buat apa depan pintu tu bang???" Isteri kadir bertanya. Hairan tgk laki dia depan pintu malam2 buta ni. "Takda apa la. Nak gi dapur tadi. Haus..." Kadir menyembunyikan apa yang didengarinya tadi..."

Pagi tu kadir turun kerja macam biasa. Sakit belakang kena cakar semalam masih padih lagi. Mandi pun sengsara je rasa. dalam perjalanan tu, dia masih fikir lagi apa yang terjadi semalam. Ntah apa la yang ganggu keluarga dia nih...Setibanya kat office, suasana muram melanda satu ofis....Kadir hairan lak
. Knp semua org senyap je. Kat bilik sofian ada beberapa org mengerumuni mejanya. Kadir terus ke meja Sofian untuk siasat apa yang berlaku.
  
 "Ko apasal Pian? Sakit ke?"
"Rumah aku kena rompak...habis duit aku yang aku cash out semalam. aku cadang nak guna duit tu bayar muka kereta tgh hari ni. Tgk2, dah lesap semua duit tu."
"Berapa hilang pian? banyak ke?"
"Mau nya tak banyak. RM 20 ribu tau! Duit simpanan aku 5 tahun kerja. Sapa la sial sangat ambik duit tu.."
"Dah report polis?"
"Dah, diaorg dtg ke rumah aku kejap lagi. Aku ingat nak ambik cuti hari ni. nak urus hal ni."
"Owh, ok2..Eh, ko letak kat mana duit tu sampai sng sgt pencuri tau?"
"Tu la aku tak tau Dir. Aku simpan tempat tersorok dah. Bini aku pun tak tau aku letak duit tu kat mana. Dia leh tau lak. Dah tu, wallet aku yang terang2 kat atas meja x pulak dia ambik."
"Ish! Pelik ni. X pe la, nanti polis buat siasatan, tau la sapa ambik."
Kadir menepuk nepuk bahu member dia yang sedih tu. Mana x sedih, RM20 Ribu beb! Gaji kumpul 5 tahun lak tu. Ptg tu Kadir balik awal sikit. Risau kalau balik malam terjadi insiden mcm mlm tadi lagi. Sampai je kat rumah, isteri Kadir dah tggu dpn rumah. Hairan lak Kadir. selalu x mcm ni bini dia. nak kata hari ni mlm jumaat, x jugak..
"Takpe, biar wani tlg angkat briefcase abg ni' Amboi! Rajin bena isteri dia hari ni. selalu x jgk mcm ni...
"Ni apa kes ni? Buang tabiat ke? X pernah2 mcm ni baik??"
"Ala, abg ni org buat baik salah. Buat jahat nanti marah kita lak...'
Kadir hanya mampu menggelengkan kepala. Penat kerja masih terasa lagi..Terus Kadir merebahkan badan dia kat sofa. bukak TV then layan TV3 kejap. 
"Erm, Bang. nak tanya skit leh?'
"Ha..dah agak dah. Nak tanya apa?"
"Hehehe...xda la. just nak tanya. Mana abang dapat duit banyak tu?"
"HAH!!!! Duit apa lak??" Kadir terkejut. Tak paham apa maksud bini dia ni. 
"Ala, abang ni buat2 lupa lak. Duit kat bawah katil kita tu. Abang punya la kan? duit sapa lagi?"
"Masih ada lagi tak?"
"Masih..sapa punya bang?"
Terus Kadir ke bilik nak tgk duit tu. yeap! Mmg benar. Duit tu mmg banyak! Si isteri blur je tgk laki dia. Kira punya kira...kesemuanya RM20 Ribu cash!!!! Kadir panik kejap...
"Sapa punya tu bang?"
"Abang tak tau....sumpah abang tak tau....." Kadir blur....terus teringatkan Pian member dia yang hilang RM 20 ribu. Kalau ikut jumlah duit tu, mmg RM20 ribu. Tapi betul ke Pian yang punya...Kadir tak tau nak buat apa sekarang...
kalau dia bagi pian, nanti apa lak kata Pian...(bersambung..)




1 comment:

  1. huh, genting sungguh keadaan
    serba salah dibuatnya
    sape tak rambang mata ngan duit byk tuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails