Followers

Friday, July 30, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 21

Kadir mengetuk pintu rumahnya. Tiada jawapan. Dia membuka pintu rumahnya dengan kunci pendua. Ah!! Apa dah jadi ni? Kadir tergamam melihat isterinya pengsan di hadapan pintu. dia memapah isterinya ke sofa. Lantas dia mengambil air dan merenjskannya ke muka Wani. Wani tersedar.
       "Abang! Benda tu kat rumah kita!" Wani terus meracau. Seperti tersampuk hantu pula.
       "Sabar, sabar! Ceritakan satu-persatu." Kadir cuba mententeramkan isterinya.
       "Tadi..Lepas balik dari jenguk ayah, wani nak masak. tiba-iba wani dengar orang bergaduh kat luar. Wani ke luar nak tengok apa yang jadi. Bila tengok, takda apa pun. Tiba-tiba lepas toleh ke belakang, ada wanita bermuka sangat menakutkan muncul! Wani takut.." Wani menangis kerana masih takut. Masih segar wajah yang menakutkan itu di dalam ingatannya.
         Kadir segera ke belakang rumah menjenguk tapak toyolnya. Tidak ada apa-apa yang ganjil.
        "Wani, mana wani letakkan yulang kambing?"
        "Ada kat dapur bang..."
        Kadir segera ke dapur..Apa pula ni? Kadir melihat dapurnya bersepah. Darah kambing merata-rata. Bila dipeiksa plastik itu, tidak pula diusik sangat. Kadir membersihkan dapur rumahnya. memang agak teruk juga dapurnya itu. setelah beberapa jam, siap juga akhirnya. tulang kambing juga sudah ditanam di belakang rumah. Malam itu, Kadir bertekad untuk bertanya apa sbenarnya yang sedang berlaku kepada toyolnya..

**********************************************************************************
"Wahai toyol, keluar la engkau! Aku nak berbicara!" Lalu angin malam bertiup sayup, muncul lembaga hitam di hadapan Kadir.
 "ada apa tuan..."
"Apa yang kau dah buat pada isteri aku? Kau nak bunuh dia?"
"Aku tidak berbuat apa-apa tuan. Cuma tegah hari tadi ada lembaga ikut isteri tuan balik. Aku cuma nak halang dia masuk rumah. Tapi dia lagi kuat."
"Siapa?"
"aku tak tahu. Tapi aku yakin dia sangat rapat dengan isteri tuan...masakan aku juga kalah!"
"Kenapa kau tak kotakan janji kau? Bukankah kau dah berjanji untuk lindungi aku dan isteri aku?"
"Ya, aku cuba. Tapi dia terlalu kuat. Malah tugasku mencari duit. Aku tidak cukup kuat untuk menjaga."
"Habis, di mana lembaga tu?"
"aku pasti ada di dalam rumah tuan. Makhluk sepertiku tidak dapat masuk ke rumah manusia tanpa izin. Tapi aku tak tahu kenapa dia boleh masuk. Pasti tuan atau isteru tuan yang memberi izin."
"Hah!! Isteriku memberi izin?"
"Ya, tuan seboleh-bolehnya tuan izinkan saya masuk untuk mencari."
Kadir bingung....patutkah dia memberi izin?? ....(Bersambung...)

P/S: Episod ini agak special. Semua pembaca boleh memberi suggestion sama ada memberi toyol masuk atau tak. Vote yang palibg tinggi akan diambil kira. Tinggalkan jawapan anda di ruang komen..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails