Followers

Saturday, August 14, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 30

         "Sara, bangun." Pandangan Sara berpinar-pinar sebentar. Mira menepuk-nepuk muka Sara. Doktor Maria pun ada. Apa yang dah terjadi? Sara bingung sebentar. Baru dia teringat lembaga hodoh yang dlihatnya sebentar tadi.
         "Kenapa awak pengsan ni?" Doktor Maria hairan melihat Sara.
         "Saya..sssaya...saya nampak hantu.."
         "Hantu? HHmm..." Doktor Mariam termenung sebentar.
         "Bukan aku tak percaya benda ni semua. Cuma, ya. Kadang-kadang perasaan kita sahaja." Doktor Maria menyambung.
         " Tapi saya sendiri tengok puan!"
        "Tak mengapa lah. Awak teruskan tugas awak. Ada pesakit tunggu saya kat wad kecemasan." Doktor Maria tersenyum lalu keluar dari bilik itu.
         "Sudah la sara, aku rasa kau banyak sangat kerja ni. Baik kau berehat kejap." Mira turut tersenyum dan meninggalkan bilik itu. Sara bingung..apa yang dilihatnya tadi seakan benar. Apakah betul cuma satu ilusi kerana terlalu penat? Ah! Dia tidak mampu untuk merungkaikan segalanya. Semuanya berlaku sangat cepat. segera dia beristighfar banyak-banyak.
           Kadir pula masih termenung. Matanya tidak dapat lelap. Masih terngiang-ngian suara halus hantu belaannya itu. Dia masih bingung dengan semua perkara yang menimpa dirinya. satu demi satu perkara pelik hadir dalam hidupnya. Apa silapnya? apa benar dia sendiri yang mencari semua ini? Ah! Mengarut! Dia tidak pernah berniat untuk mencari masalah seperti ini! Fikirannya semakin kacau. Namu, dia sudah berjaya buang toyolnya itu. Tapi, apa pula jadinya dengan hantu raya belaannya? Sudah banyak masalah yang ditimbulkan hantu itu. satu demi satu masalahnya datang. Tiba-tiba, terdengar 1 suara halus..
         "Hehehe...tuan..." Ah! Suara toyolnya! Apa yang sudah terjadi? Bukankah dia sudah tinggalkan toyolnya itu di hutan?
        "apa kau nak? Bukankah aku sudah bagi arahan kepada kau untuk tunggu jagung tu tumbuh!"
        "Hehehehe...aku bukan sebegitu bodoh untuk tuan tipu!" Suara itu semakin garang. Kadir mula takut.
        "Kalau tuan tidak mahu membela aku, aku akan ropak semua rumah di sekitar kediaman tuan dan letakkan semua harta mereka di rumah tuan!"
       "Baik! Baik!, aku akan bela kau. Jangan risau!" Kadir mengalah. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dalam keadaan dirinya yang masih sakit seperti itu, dia tidak mampu untuk melawan.
       "Hehehe...bagus! Ini peluang tuan yang terakhir. aku tak akan begi peluang sebegini lagi selepas ini! Ingat! Jangan cuba untuk perbodohkan aku lagi.."
       Suara itu semakin hilang....Kadir meghembuskan nafas panjang...dia tidak menyangka toyolnya sungguh liat untuk dibuang. Tanpa Kadir sedari, sepasang mta memerhati dirinya dari jauh..ya, Doktor Maria! Doktor Maria tersenyum....tersenyum?? apa makna disebalik senyuman itu??...(Bersambung..)
    
     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails