Followers

Sunday, August 15, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 31

   Doktor Maria menghampiri Kadir. Kadir terkejut tatkala disapa doktor Maria.
   "Awak usah takut dengan permainan syaitan seperti itu." Doktor mais tersenyum melihat Kadir seperti terkejut dengan kata-katanya itu. apakah Doktor Maria tahu apa yang terjadi tadi? Apa dia nampak?
   "Awak nampak apa yang terjadi tadi?"
   "Ya, malah bukan sekali. Tapi dah banyak kali. Ramai pesakit saya yang seperti awak ni." Doktor Maia memulakan bicara.
  "Dulu saya tak percaya benda seperti ini. Sama seperti orang lain. Saya cuma menyangka ianya satu ilusi. Tambahan pula kerja saya yang menghalang saya untuk percaya dengan perkara seperti ini. Namun, semuanya berubah setelah saya melihat sendiri makhluk pelik seperti tadi beberapa tahun dahulu."
  "Doktor dapat lihat ke benda ni?" Kadir ingin tahu lebih lanjut.
  "Tak tahulah. Jika awak nampak lembaga tadi, maka saya juga nampak. Kelihatan seperti toyol. Awak bela ke?" Doktor Maria bertanya.
   "Tak!! saya tak bela. Dia datang sendiri kepada saya. Dan saya tak tahu asal usul lembaga itu!"
   "Tak mungkin..saya pasti ada yang menyebabkan lembaga itu mencari awak."
   "Saya juga tak pasti doktor. Saya tak tahu...."
   "Apa kata awak pergi berubat. Gunakan cara tradisional. Kalau benda macam ni, tak boleh nak berubat kat sini. Maaflah, saya terpaksa melanggar etika profesion saya. Kerana saya yakin penyakit batin awak ni."
   "Ya doktor. Tapi saya tak tahu nak cari siapa."
   "Awak berehat dulu. Esok pagi sebelum awak tinggalkan wad ni saya kenalkan dengan seorang ustaz. Mungkin dia boleh tolong."
   "terima kasih doktor..." doktor Maria meninggalkan Kadir. Kadir termenung sebenar. Dia memang teringin benar untuk membuang toyol itu. Kadir terlelap...

    Pgi itu, Kadir bersiap untuk meninggalkan wad. Isterinya sudah menunggu. Datang doktor Maria memberikan alamat dan nombor telefon Ustaz Hamzi.
   "Ini alamat dan nombor telefon Ustaz Hamzi. saya dah ceritakan masalah awak kepada dia. Dia pesan supaya awak hubungi dia secapat mungkin."
   "Terima kasih doktor."Kadir segera beredar dari wad tersebut. Hatinya bertambah lapang dengan pertolongan doktor Maria. Kepalanya masih terasa berat. Mungkin kerana kurang tidur malam tadi. Wani memandu kereta ke rumah. Kadir masih termenung mengenangkan nasib keluarganya.
    "apa nak jadi dengan keluarga kita ni Wani. Abang dah buntu nak buat apa lagi."
    "Sabarlah bang. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Kita tak tahu rahsia Allah."
   "Mungkin juga. Tapi abang hairan kenapa semua ini berlaku kepada kita secara tiba-tiba."
  "Sudahlah. Kita ikhtiarkan apa yang terbaik." Wani cuba menenangkan suaminya. setibanya di rumah, Kadir terus terbaring di sofa. Kepalanya masih terasa sakit. Kadir terbayangkan amaran toyolnya. Apa pula ancaman yang dia akan lakukan jika dia nekad berjumpa ustaz Hamzi. kadir tidak peduli. Dia akan berjumpa juga dengan Ustaz Hamzi! dia tidak mahu lagi menjadi hamba toyolnya itu!
     Setelah selesai solat Asar, Kadir membawa Wani ke rumah Ustaz Hamzi. Dia sudah menelefon dahulu ustaz itu sebelum membuat temu janji. setibanya di rumah Ustaz Hamzi, mereka disambut oleh seorang perempuan separa umur. Mungkin Isteri ustaz.
    "Assalamualaikum!"Kadir memberi salam.
   "Wa'alaikum Salam. Masuklah." Ketibaan mereka disambut dengan senyuman. Muncul pula seorang lelaki separa umur. mungkin itu Ustaz Hamzi. Serta merta badan Kadir menjadi panas. Kadir mula tidak selesa. Bila bersalam dengan ustaz Hamzi, tangannya seperti memegang bara api! Kadir menjadi tak menentu. Ustaz Hamzi sudah dapat membaca apa yang terjadi kepada Kadir. Lalu dia membawa Kadir masuk kedalam rumahnya. Kadir Semakin tidak selesa. Kepanasan yang sangat melampau meyelubingi dirinya!! Kadir tidak tahan. mahu sahaja dia berlari keluar!! Namun, segera Ustaz Hamzi memeluk Kadir!
     "Argghhh!!! Panas!!! Ustaz! Tolong saya!!"kadir meronta. Pelukan Ustaz Hamzi menjadikan dirinya seperti dirantai dengan rantai besi yang panas! Kadir tidak tahan lalu pangsan. Ustaz Hamzi membaca beberapa mentera lalu menekan ubun-ubun Kadir.
    "Apa kau nak buat wahai manusia!!!" suara Kadir berubah!! Wani terkejut mendengar suara suaminya begitu. Mata Kadir terbeliak memandang Ustaz Hamzi....(bersambung)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails