Followers

Monday, August 2, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep23

             Kadir menghantar Wani ke rumah mertuanya. Risau jika isterinya diganggu lagi. Yang dihairankan, bagaimana dia boleh katakan Wani yang memberi izin? Apa pula kitan Wani dengan semua ini? Atau dia hanya hendak memutar belitkan cerita?
       Setelah hampir 30 minit memandu, akhirnya mereka sampai di kampung ibu bapa wani.  Makcik Sheila yang duduk di serambi rumah tersenyum menyambutkehadiran anak dan menantunya.
      "Awal datang hari ni? Ada apa ni?" Makcik Sheila bertanya. Hairan melihat mereka datang menjenguk pada hari bekerja. Sememangnya agak janggal jika ke kampung pada hari pekerjaan. Wani tersenyum dan mencium ibunya.
      "Wani ni, takut nak tinggal rumah sorang-sorang. Saya pun risau jugak. Lagipun, banyak kes tak elok kat rumah kami tu." Kadir cuba menyembunyikan perkara sebenarnya. Dia tidak mahu keluarga wani juga terlibat dalam hal ini.
       "Apa yang berlaku?"Makcik Sheila cuba bergtanya lanjut.
        "Tak ada apa la mak. Dah, jom masuk. Abang Kadir nak kerja tu. Nanti balik dia ambik." Wani menjemput ibunya masuk. Pak Seman awal pagi sudah pergi menoreh. Masih kuat keringat orang tua itu walaupun sudah menjangkau usia 60-an.
       Kadir masuk ke dalam kereta dan memandu ke pejabat. Masih ada 1 jam sebelm wktu pejabat bermula. Selalunya dia akan awal 1 jam datang ke pejabat. Sememangnya dia seorang yang menjaga masa.

***********************************************************************************

Setelah selesai waktu pejabat, Zul mengajak KAdir balik bersama. Kadir menolak kerana dia hendak menjemput isterinya di rumah mertua. Zul hanya mengangguk dan pulang. Kadir mengemas semua barang kerjanya dan bersiap pulang.
        Dalam perjalanan ke kampung, dia terfikir kembali apa yang dialaminya sepanjang malam semalam. kotak fikirannya dipenuhi bermacam-macam andaian. Tanpa sedar, dia sudah sampai di kampung. Dia naik ke rumah mertuanya dan bersalaman dengan makcik Sheila dan Pak Seman. Setelah beberapa lama berbual, mereka meminta izin untuk balik.
      Setibanya di rumah, Kadir ke bilik air untuk mendi. Hatinya masih tidak tenteram dengan apa yang sudah berlaku. Malam itu, dia ke tapak toyolnya. Bagaimana dia hendak menyeru toyolnya itu?
     "Tuan cari saya?" tiba-tiba suara halus kedengaran dari dalam rumah.
     "Ya, aku cari kau. Di mana engkau?"
     "Aku ada di dalam rumah tuan. Usah risau, saya sudah halau hantu jahanam itu!'
     "Siapa dia? Dan apa bukti kau dah menghalaunya?"
     "Apa tuan masih ingat keris yang saya kirimkan kepada tuan semalam?"
     "Kau maksudkan keris dibalut kain kuning tu?"
     "Ya! Dia telah ku kurungkan didalamnya."
     "Baguslah, sekarang kau boleh keluar. Tugaskau dah selesai. Kembali ke tapak kau."
     "Tidak!! Aku tidak mahu! Aku tidak pernah berjanji untuk kembali!!"
     "Kau pembelot!! Aku arahkan kau kembali keluar!"
      "Hehehe....kalau kau hendak menyeruku, kau oanggil sahaja aku di dalam rumah ini. Hehehe.."
      Suara itu beransur lenyap....Kadir rasa ditipu mentah-mentah....Apa pula jerat si toyol lepas ni! (Bersambung..)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails