Followers

Monday, August 2, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep24

         Malam itu Zul perlu memberi mandi kerisnya. Zul menyediakan limau kasturi dan kemenyan. Sememangnya bau asap kemenyan itu agak tajam untuk dihidu. Zul membuka kerisnya dan mengeluarkan dari sarunngnya. Perlaha-lahan dia hiriskan limau kasturi pada bilah keris itu. Asap kemenyan semakin kuat. Tiba-tiba, datang satu lembaga yang agak besar dan berdiri di hadapannya.
        "Siapa engkau?"
        "Akulah toyol belaanmu. Aku telah laksanakan tugas ku dahulu. Namun, baru hari ini akun dapat bertemu denganmu."
      "Hehehehe!! Rupanya kau dengar juga suruhanku. Bagus!"
      "Apa lagi tugasku?"
      "Aku nak kau siasat dan bunuh toyol Kadir!"
     "Tidak boleh tuan!"
     "kenapa tidak?"
     "Kerana dia toyol pusaka. Aku yakin, dia tidak bersendirian. Jika aku cuba membunuhnya, aku khuatir tuan juga akan menjadi sasarannya."
     "Kalau begitu, kau curi duit orang kaya depan taman ni. Rumah paling besar tu. Kau ambil dalam RM 500. Kalau curi banyak nanti dia perasan lak."
    "Baik tuan. Pagi esok tuan periksa di bawah katil. Hehehe..." Makhluk itu terus ghaib. Zul tersenyum. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan belaannya. Selama ini dia hanya dapat berkomunikasi dengan suara sahaja.
 
     Seperti yang dijanjikan, Keesokan harinya, Zul melihat 10 keping duit RM 50 di bawah katilnya. Zul tersenyum dengan apa yang dilihatnya. Dia merancang untuk menguji lagi kehebatan toyolnya minggu hadapan. Cukuplah RM 500 seminggu. Lagi sebulan, RM 15 000!! Zul sudah lupa tujuan asalnya membela toyol tersebut.
     
     Zul segera bersiap untuk ke pejabat. Hari ini, dia tersenyum gembira. dengan senang hati dia memandu keretanya ke pejabat. Setibanya di pejabat, segera ke bilik Kadir untuk menghantar laporan akaun. dia mengetuk pintu bilik Kadir. Tiada jawapan. Mungkin Kadir belum sampai lagi. Entah kenapa Sejak kebelakangan ini, Kadir sering lewat ke pejabat. Dia membuka pintu bilik Kadir. AAHHHH!! Zul terkejut! Darahnya meyirap melihat lembaga berpakaian putih dengan rambut panjang tidak terurus dihadapannya. Gigi taringnya penuh dengan darah...matanya sebelah kiri pula tersembol keluar. Zul segera menutup pintu bilik Kadir dan kembali ke mejanya.
      "Apa kena kau ni Zul?" Tiara menegur. Melihat muka Zul yang pucat lesi.
      "Tak...Tak da apa-apa..." Zul cuba menyembunyikan apa yang dilihatnya. Selang beberapa minit, Kadir tiba. Kadir segera ke meja Zul untuk mendapatkan laporan akaun. Zul segera memberi kepada Kadir fail tersebut.
      "Kenapa kau ni Zul? Macam lihat hantu je?"
      "Tak, yak ada apa. Mungkin aku tak sihat." Zul cuba tersenyum. Kadir menggelengkan kepala. Lalu kembali ke biliknya. AHHH!!! Zul terlihat ada satu lembaga bersaiz budak kecil mengekori Kadir. Takkan orang lain tak nampak? Zul semakin seram...apa lagi yang Kadir bela? Setahunya, Kadir hanya membela toyol??? Serta merta Zul ke tandas untuk mententeramkan dirinya. Dia membasuh muka. Di tarik nafasnya perlahan-lahan..AARRGGGHHHHH!!!! Lembaga berpakaian putih tadi di belakangnya!! Dai melihat melalui cermin!
       "Siapa kau!! Apa kau buat di sini??" Zul Cuba berbicara dengan lembaga itu.
       "Kau dapat lihat aku? Hehehe...kau harus MATI!!" Lembaga itu seraya hilang dari pandangan Zul. Zul menoleh ke belakang. Seluruh badannya megeletar ketakutan.....(bersambung..)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails