Followers

Sunday, August 8, 2010

Toyol dan kisahnya Ep28

            Satu lembaga berambut panjang dengan muka penuh darah kelihatan. Kadir menekan pedal brek dan memusing stereng kereta ke kanan! Pam!! Kereta Kadir terlanggar sebatang pokok. Pandangannya kabur dan semakin kabur.....
   Wani hairan dimana suaminya. Sejakn awal pagi tadi lagi dia tidak melihat suaminya. Wani mula risau. Sudah juga dia menelefon ibu bapanya. Mungkin Kadir ada di situ. Tidak juga ibu bapanya melihat kelibat Kadir. Wani semakin risau. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. "Ini puan Huda Suriani?"
    "Ya saya. Kenapa encik?"
    "kami pihak polis, suami puan ada di hospital sekarang. Dia kemalangan malam tadi."
   "Hah!!!" Wani seakan tidak percaya sengan apa yang dia dengar.
   Segera Wani berkemas dan bergegas ke hospital. Setibanya di hospital, wani terkejut melihat keadaan suaminya yang parah.
  "Wani, maaflah. Abang tak sempat nak bagitau wani."
  "Abang pergi mana malam tadi? kenapa tak bagitau Wani?"
  "Tak payah la tau. Tak penting pun. Yang penting, keluarga kita selamat."
   Wani pelik dengan kata-kata suaminya. Namun Kadir masih hairan. Jika toyolnya masih di hutan, siapa pula yang mengekorinya? Adakah Hantu yang dikurungnya di dalam keris itu sudah terlepas? Kadir tidak mendapat jawapannya...

**********************************************************************************

    Pagi itu Zul bangun awal. Dia membelek keris toyolnya. Tersenyum melihat ukiran yang cantik pada keris itu.
    "Orang duku buat keris dengan orang sekarang, memmang jauh bezanya nak." Pawang kema menepuk bahu Zul yang dilihatnya mengelamun.
     "Apa bezanya tok?" Zul ingin tahu.
     "Orang dulu, keris dicipta ada sebabnya. Panjang pendek keris tu, dan amalan semasa membuat keris. Kalau baik tujuannya, baiklah keris tu. Kalau buruk, memang sangat jahatlah keris"
     "apa amalan orang dulu buat keris tok?"
     "Banyak. Ada yang berpuasa, mandi sungai pada malam purnama, bertapa di kaki gunung dan banyak lagi. Kalau nak di ikutkan akal fikiran, pedang dan parang lagi bagus kalau nak bertempur. Tapi kenapa orang dahulu guna keris je untuk bertempur? Dah la pendek, susah pula nak pegang."
     "Ye la tok. saya baru terfikir."
     "semuanya sebab isi keris tu. Sevagai contoh, taming sari. Keris yang buat hang Tuah kebal. sampai sekarang Taming Sari tak dijumpai. Hebatnya keris itu. Itu yang kita tahu. Banyak lagi keris pahlawan handalan melayu lain yang kita tak tahu."
     "Keris saya ni tok?" Zul menunjukkan keris perak kepunyaannya itu.
     "Itu cuma keris penjaga. Bukan untuk bertempur. Kau tengok sahaja belaan kau tu. Bukan boleh pun nak buat guna-guna." Pawang Keman tersenyum. Keris simpanan Pawang Keman ada lagi 5. Dua ada pada Ilham.

**********************************************************************************
Malam itu, Kadir keseorangan di hospital. Wani sudah diarahkan pulang ke kampung sementara dia masih di hospital. Tiba-tiba, dia merasakan dirinya diikat. Seluruh badannya kaku. Tidak dapat bergerak! Apa sudah jadi!! Muncul 1 lembaga berambut panjang di hadapannya. Ya! Lembaga itulah yang dilihatnya semasa memandu hari itu!
   "Apa kau nak!! Kau siapa?" Kadir bertanya. Risau didengar pesakit lain, dia merendahkan suara.
   "Apa kau lupa aku siapa? Aku penjaga rumah kau! Kau suruh toyol kau kunci aku pula! hahaha!! Kau silap. Aku tak semudah yang kau sangka untuk dikunci. Ya, memang betul toyol kau dah kurung aku dalam keris itu. Tapi aku dapat juga keluar."
   "Kau penjaga aku? Aku tak bela pun kau ni?"
    "Kau usah risau. Aku hanya menurut perintah kau. Nasib kau tidak mati semalam. Ajal kau belum tiba lagi. Baiklah, aku berundur dahulu. Jika ada permintaan, kau panggilah aku. Gunakan keris yang diberi toyol itu untuk menyeru ku. Aku datang malam ini hanya untuk memberitahu perkara ini. Supaya kau tidak lagi takut dengan kehadiranku..." Suara itu senyap dan badannya mula dapat bergerak.
    Kadir pelik, dia tidak pernah menuntut untuk membela toyol dan Hantu rambut panjang itu. bagaimana pula mereka boleh mengaku dia sebagai tuan...(bersambung)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails