Followers

Friday, August 6, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 27

                    Pagi itu Kadir bangun awal. Nasib juga kerana sudah tiba musim cuti. Kadir menyelak bawah katilnya. Ah! Tiada duit seperti yang toyolnya janjikan! Kini dia tahu, toyolnya pasti punya kelemahan. Kadir hanya tersenyum dan segera ke bilik mandi.

            Zul ke kampung tengah berjumpa pawang Keman. Tempat dia mengambil toyol bersumpah itu. Zul masuk ke kawasan rumah pawang Keman. Mencari-cari kelibat pawang Keman.
            "Tok! assalamualaikum tok!" keluar seorang lelaki tua tersenyum menyambut ketibaan Zul. Zul bersalaman dengan Pawang Keman. Pawang Keman menjemput Zul masuk.
           "Ada apa ni Zul? Ada masalah dengan belaan kamu?" tak ada tok. Cuma saya diganggu seekor makhluk berambut panjang. Dia ancam nak bunuh saya tok." Pawang Keman hanya tersenyum.
          "Dia tak akan dapat bunuh manusia Zul. Benda ni tak akan dapat bunuh manusia kalau tak kena caranya dan tak ada izin."
         "Habis, kenapa dia boleh cakap nak bunuh saya?"
        "Mungkin yang bercakap tu tuan hantu tu atau hantu tu cuma nak takutkan kau je. Tak payah risau sangat la." Zul mengangguk. Risau juga dia diancam sebegitu rupa.
        "Macam mana dengan belaan kau?"
       "tak ada apa-apa setakat ni pakcik. Cuma, dia belum minta apa-apa. Tak mengapa ke?"
       "Owh, tu tak menjadi masalah. Nanti dia mintak la. Dah mula kerja ke dia?"
       "Dah pakcik. Kerja dia cukup bagus." Pawang Keman tersenyum mendengar nya. Zul Masih risaukan apa yang akan terjadi kepada dirinya.

*********************************************************************************

       Kadir menyeru belaannya. Malam itu Kadir ingin menyiasat kenapa Toyolnya tidak mampu untuk mencuri di mesin ATM.
       "Ada apa tuan cari saya?" Bunyi suara bergema menghampirinya. Kadir tersenyum.
      "Aku sangka kau sungguh hebat. Tapi kenapa kau tak oleh mencuri kat mesin ATM tu?"
      "aku ada pergi ke sana. Tapi mesin itu tidak bertuan. Bagaimana aku hendak mengambilnya? Malah duit itu juga tiada tuannya. aku risau itu kepunyaan toyol lain. mati saya nanti tuan!" Ah! Bodoh juga rupanya toyol belaannya ini! Rupanya toyol tidak boleh mengambil duit di bank kerana empunya duit itu ramai. Malah duit itu mungkin tidak bertuan. Maka dia tidak dapat mengambil duit itu. Kadir rasa hendak tergelak mendengar alasan toyolnya itu.
       "Habis, duit yang macam mana baru kau dapt ambil?"
       "Aku cuma boleh ambil duit di rumah orang. Kepunyaan orang dan duit yang bertuan."
      "memang sah la kau ni pencuri. Kalau duit tercicir mesti kau tak dapat ambil kan?"
     "Ya...aku tak boleh ambil duit tercicir.."
     "hahahaha!! Aku sangkakan kau hebat sangat. Sudah! Aku taknak bela makhluk lemah macam kau ni! Kau boleh pergi. Malah aku tak pernah suruh kau jadi hamba aku."
      "Tapi tuan, aku tiada tuan lain."
      "Aku peduli apa! Kau pergi sahaja!"
      "Tak! aku takkan pergi!"
     "hahaha!! Baiklah! Kau ikut aku. Aku ada tugas untuk kau." Kadir masuk ke dalam keretanya dan membawa toyolnya ke sebuah tempat yang jauh dari kota. Di sebuah hutan yang tidak diketahui orang.

       "Toyol! Mana kau! Kau ikut aku tak?" Kadir menyeru belaan nya itu. Kadir membawa satu plastik berisi jagung rebus.Datang seekor lembaga yang sangat hodoh. Badannya hanya sebesar seerang budak kecil.
     "Ada apa tuan?" Lembaga itu berbicara. Ya! Itulah toyol belaan kadir selama ini. Kadir tekad untuk membuang toyolnya itu.
  "Aku tanam jagung ni kat sini, kau jaga sehingga tumbuh faham? selagi tak tumbuh, kau jangan balik!"
  "Baik tuan...." Toyol itu hanya memerhati tuannya menimbus jagung rebus itu ke dalam tanah. Setelah selesai, kadir tersenyum dan memacu keretanya pulang. Tinggallah toyolnya itu di situ. Mugkin untuk selamanya...

    Dalam perjalanan balik, Kadir ketawa terbahak-bahak! Memang bodoh toyol itu dalam hatinya! kadir memandang ke arah cermin pandang belakang..AHHH!!! Menyirap darahnya melihat apa yang ada di belakang kenderaannya!!!
    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails