Followers

Wednesday, September 29, 2010

Toyol dan Kisahnya ep 35

   Keesokan harinya, Kadir dan wani tiba semula ke rumah Ustaz Hamzi. Mereka mengemas barang-barang keperluan dan masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh Ustaz Hamzi. Ustaz hamzi sudah menyediakan minum pagi dan Isteri Ustaz Hamzi juga sudah menyediakan bahan-bahan untuk berubat malam ini.
    Dalam kesibukan mereka itu, ada sepasang mata yang mengintai...
    Ustaz Hamzi dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada pasangan ini. Tetapi, dibiarkan sahaja oleh ustaz Hamzi. Baginya, itu tidak memudaratkan pun.
     "Ustaz, bila kita boleh mula berubat ni?"
     "Malam ni InsyaAllah kita boleh mula. Tapi kamu berdua ni kena mandi dulu. Air saya dah sediakan kat belakang."
    "Baik Ustaz."
     "Tapi bukan sekarang la. Nanti lepas asar. Ni awal lagi." Kata Ustaz. Sambil mengukir senyuman. Mereka bergerak ke dapur untuk menjamu selera. Mata yang dari tadi memandang mereka juga mengukir senyuman. Entah apa yang mengembirakan hati makhluk yang seorang ini...

*********************************************************************************
Pawang Keman menghampiri keris yang terletak di atas meja makan itu. Entah apa yang bermain dalam fikirannya kini. Hatinya berasa gundah. Seperti ada yang tidak kena.
   "Apa lagi yang makhluk ni nak? Aku dah bagi makan, semua permintaan nya aku dah tunaikan. Apa lagi ni?" Pawang Keman tidak puas hati dengan belaan nya itu. Sudah banyak perkara dia tunaikan kepada belaan nya itu. Apa lagi yang dia mahu?
    PPAAAAMMMM!! Pintu rumah pawang keman di tutup kuat. Bunyi itu seolah-olah tanda protes yang teramat sangat.
    "Apa lagi yang kau mahu?!!" Pawang keman meninggikan suaranya.
    "Aku mahu kerja! Apa kau ingat aku ini hanya patung! Hanya untuk disimpan?"
    "Baiklah! Apa kerja yang kau nak?"
   "Aku nak mencuri! Kan itu adalah tugasku!" Jawab suara itu. Pawang keman tersenyum.
  "Baiklah! Kalau itu yang kau nak. aku nak kau jadikan aku kaya raya!" Pawang Keman memberi tugas kepada belaannya.
  "Kau Ambillah duit org kampung ini. Cari orang yang paling kaya, dan ambik duit mereka. Aku nak kau selesaikan malam ini juga!"
   "Baik tuan...menjelang malam nanti, aku akan menjalankan tugasku!" Lantas suara itu beransur hilang...
Pawang Keman tersenyum. Rupa-ruoanya dia terlupa memberi tugas kepada toyolnya itu. Sekarang baru dia tahu betapa bergunannya toyol itu kepada dirinya...(Bersambung)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails