Followers

Saturday, August 28, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 34

Kemudian Ustaz Hamzi membaca sesuatu dan menghembuskan ke muka Kadir. Kadir bangun perlahan-lahan. Badannya masih lemah tidak bermaya.
    "Mengucap Nak," Ustaz Hamzi membisikkan kepada Kadir. Kadir mengucap perlahan-lahan tanda dia sudah sedar sepenuhnya. Kemudian, Ustaz Hamzi menyuruh Kadir duduk  sebentar sementara isteri Ustaz Hamzi menyiapkan air. Wani hanya melihat dan memerhati suaminya yang lemah itu.
     "Siapa nama anak ni?" Ustaz Hamzi bertanya.
     "Saya Kadir. Saya datang ni nak minta tolong ustaz untuk halau makhluk tadi tu dari badan saya. Saya tak tahan diganggu makhluk tu."
    "Saya faham tu. Dari pemerhatian saya tadi, ada dua makhluk yang mengganggu anak. Satu toyol dan satu lagi hantu raya. Dari mana anak dapat lembaga ni?"
    "saya pun tak tahu ustaz. Dah hampir dua bulan kami diganggu. Macam-macam yang saya dah buat. Tapi hantu ni degil!"
    "Kalau macam tu. susah la saya nak tolong. Saya kena tahu asal usul lembaga tu."
    "Habis, saya nak buat apa ustaz?"
    "Anak ada simpan apa-apa benda pelik tak?"
    "Maksud ustaz?"
    "seperti kacip ka, keris ka, atau apa-apa sahaja yang pelik."
    "Saya ada simpan keris ustaz. saya dapat keris tu dari toyol saya tu."
    "Ada bawa?"
    "ada, nanti saya ambilkan di dalam kereta."
     Kadir bingkas bangun dan bergegas ke kereta. Dia mengambil keris yang dibalut dengan kain kuning di boot keretanya dan membawanya kepada Ustaz Hamzi.
     "Ini kerisnya Ustaz. Hampir sebulan dah saya jaga keris ni."
     Ustaz Hamzi mengambil keris itu dan membeleknya.
      "Berat benar belaan kamu ni..." Ustaz Hamzi meggelengkan kepala.
      "Patutlah aku pun dia dapat rasuk." Ustaz Hamzi menyambung. Kadir dan Wani hairan.
     "Apa yang berat ustaz?"
     "Belaan kamu ni la. Bukan calang-calang toyol ni. Boleh mati kamu kalau tak kuat. Hantu raya ni pun sama. Aku rasa ni mesti hantu keturunan."
     "Eh! Mak ayah saya tak bela hantu-hantu ni ustaz."
     "Mungkin moyang kamu atau keluarga isteri kamu yang bela ni dulu."
     Wani terkejut! Kadir juga begitu. Sukar untuk dia percaya apa yang dikatakan oleh ustaz Hamzi.
     "Kamu balik dulu, kemaskan barang kamu dan tinggal di sini seminggu kalau nak berubat. Aku tak dapat nak ubat sehari je ni. Boleh?" Ustaz Hamzi memberi kata dua kepada Kadir.
      "Baiklah Ustaz. Saya dan isteri balik dulu. Esok kami datang lagi"
      "Kamu bawa keris aku ni. Kalau jadi apa-apa dalam perjalanan nanti kamu jangan risau." Ustaz Hamzi menyerahkan kerisnya kepada Kadir sementara keris Kadir di pegangnya. Kadir memberi salam dan balik ke rumah...(Bersambung)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails