Followers

Thursday, August 5, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep26

"Toyol! Keluar kau cepat! Di mana kau!" Kadir tidak dapat menahan marahnya. Dia menyeru toyolnya keluar.
"Tuan cari saya? Hehehehe!!!" Satu gema suara kedengaran. Kadir tidak tahu di mana datangnya suara itu.
"Kau di mana? Aku nak berbicara!"
"Aku ada di sini. Tuan ceritakan apa yang tuan nak."
"Kau kata hantu rambut panjang tu dah keluar! Tapi kenapa mereka nampak hantu tu kat rumah aku?"
"Tuan usah khuatir. Aku yang menyamar seperti hantu itu. Jika mereka melihat aku dengan rupa sebenarku, mereka tidak akan takut!"
"Kalau begitu, dimana keris kau katakan hantu itu dikurung? Keris berbalut kain kuning itu mana?"
"Apa tuan lupa? Tuan yang bawa ke pejabat tadi?" Oh ya...Kadir teringat dia membawa keris itu bersamanya...Kini baru Kadir kembali tenang. Pasti ada di dalam keretanya.
 "Apa lagi yang tuan mahukan? Nak saya dapatkan wang? Emas? Berlian?"
"Kau cukup hebat ke nak dapatkan semua benda tu?" Kadir cuba menguji toyolnya. Ya, selama ini dia hanya memberi arahan berdasarkan keperluan. Teringin juga dia menguji tahap kehebatan toyolnya itu setelah sekian lama dia memberi makan dan kebenaran masuk ke rumahnya.
"Aku boleh lakukan! Aku hebat!"
"Kalu macam tu, kau rompak mesin ATM kat depan taman ni. Boleh?"
"Hahaha!! Boleh! Aku boleh lakukan! Lihat saja apa yang aku dapat buat!"
"Baiklah, aku tunggu sehingga subuh esok. kalau kau tak mampu buat, aku akan buang kau!"
"Hehehehe!!!!" Suara itu beransur hilang. Kadir haya tersenyum. Lihatlah sama ada dia mampu lakukan atau tidak....(Bersambung)

p/s: Sorry siri kali ni agak kurang. Sebab nak bagi lagi saspen! Heheheh!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails