Followers

Wednesday, August 11, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep 29.

Salam Ramadhan untuk semua...maaf sebab agak lewat untuk post cerita kali ini. agak sibuk di bulan ini dgn pelbagai aktiviti. Tapi jangan rsau, hamba akan tetap menulis untuk semua...

       Zul mengira jumlah wang yang diperolehinya hari itu. Memang bayak. Dalam shari dia boleh dapat hampir 3 kali ganda gaji sebulannya. Tak sa-sia dia membela toyol. Pada mulanya, hanya untuk membalas dendam kepada Kadir. Namun, setelah dia memperolehi pendapatan yang bayak hasil kerja terkutuknya itu, dia lupa pada tujuan asalnya. Malah, sesuai juga dengan jenis belaan nya. Zul membakar kemenyan dan menyeru toyolnya. Muncul seekor toyol kecil di hadapannya sejurus dia membaca mentera.

       "Tuan nak apa? Saya datang..."
       "Aku nak kau curi pula rumah yang kat sebelah aku ni. Dah lama aku benci dengan dia ni. Hari-hari dia perli aku. Aku nak kau ambil dalam RM 500. Boleh?"
      "Boleh tuan..aku sudah terhidu jumlah itu di rumah sebelah. Seperti biasa, esok aku akan letakkan di tempat biasa. Tapi...aku ada permintaan.."
    "Apa permintaan kau?"
    "Aku nak darah ibu jari tuan..setiap malam purnama."
    "Apa?? Kenapa kau minta benda yang macam tu?"
    "Itu makananku. Kalau tuan tdak dapat laksanakan, aku tak dapat bekerja.."
    "baik, aku setuju. Kau pergi cepat! Aku ak tido dah ni."
    "Hehehe..." suara itu semakin hilang..Zul tersenyum dan mengira kembal wangnya...

 Malam itu wad lelaki agak sunyi. Mungkin kerana jumlah pesakit yang kurang. Kadir termenung. Risau pula dengan Wani di rumah. Harap-harap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Jururawat dan beberapa pegawai kesihatan kelihatan lalu lalang di wad tersebut.

     "Encik, kenapa tak tidur lagi?" Tanya seorang jururawat yang bertugas.
     "Saya belum mengantuk lagi ni. Tak megapalah, nanti saya mengantuk saya tidur lah."Kadir tersenyum. Jururawat itu membalas senyumannya dan mengemas katil sebelah. Kemudian dia ke bilik logistik.
     "Sara, berani kau tegur mamat tu.." Sapa Mira elihat Sara menegur Kadir sebentar tadi.
     "Kenapa pula? Aku cuma nak kemas katil sebelah tu. Dia belum tido, aku tanya la."
     "Kau tak nampak ke ada budak hodoh kat sebelah dia tu?" Mira menunjuk ke arah Kadir. Berderau jantung Sara melihat seorang  budak bermata merah menyala di sebelah Kadir. dari mana pula dia datang? Tadi dia tidak nampak pun lembaga itu....tiba-tiba, Sara menoleh ke belakang. AAARGGHH!!!! Sara tidak mampu untuk berkata apa-apa....(bersambung..)

2 comments:

  1. wah,saudara tulis cerita seram,saya pula tulis cerita cinta.selamat berkenalan saudara.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga!! Nice blog tuan hamba.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails