Followers

Sunday, August 22, 2010

Toyol dan kisahnya Ep32

Ustaz Hamzi terkumat-kamit membaca sesuatu. Perlahan-lahan dilepaskan pelukan itu. Kadir semakin lemah lalu terkulai seketika. Namun, matanya masih terbeliak dengan mulut yang tercungap-cungap. Ustaz Hamzi menyuruh isterinya mengambil sebatang tongkat di dalam bilik nya. Dengan tongkat itu, ustaz Hamzi memukul kaki Kadir.

    "Argggh!! Manusia bodoh! Apa kau nak buat?" Kadir bersusara. Itu bukan seperti suaranya. Ustaz Hamzi memukul lagi kaki Kadir. Kadir menjerit lagi. Kali ini, suaranya semakin lain berubah.
   "Siapa engkau? Kenapa kau ganggu manusia ini?" Ustaz Hamzi bertanya.
  "Kau tak perlu masuk campur! Kalau tak, aku musnahkan kau!"
   "Cuba kau buat kalau berani!" Ustaz Hamzi mencabar.
   "Arghhh!!!" Kadir bangun dan menerkam Ustaz Hamzi. Ustaz Hamzi menolak Kadir dan memukul belakangnya dengan tongkatnya! Kadir merongta seperti dipukul dengan rantai panas!
   "Jahanam kau!" Kadir bersuara lagi. Diterkam nya lagi ustaz Hamzi, dan sepantas kilat Ustaz Hamzi mengelak dan memukulnya lagi!. Kadir tersungkur lagi. Kali ini, Kadir tak mampu untuk bangun.
   "Kenapa kau ganggu manusia ini? Siapa kau?"
   "Aku toyol. manusia ini tuan aku! Kau jangan masuk campur!"
   "Kenapa kau jadikan manusia ini tuan kau?"
    "Kerana dia sudah berjanji dengan aku!"
    "Apa janji itu?"
    "Tidak! Aku tak akan bagitahu!"
    "Kau degil ya!" Ustaz Hamzi memukul lagi badan Kadir. Serta merta Kadir menjerit kesakitan!
     "AGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!! Panas!!!!!!!!!"
     "Cakap! Kalau tak aku bakar kau!!" Ustaz Hamzi memukul lagi. Terdengar lagi jeritan kesakitan makhluk itu.
    "Cepat cakap! Apa perjanjian itu!"
    "Aku tak akan cakap! itu sebahagian janji ku!" Begitu taat jin itu kepada janjinya.
    "Baik!" Ustaz Hamzi memukul lagi! Kali ini pukulannya tidak mengena! Aneh?
    "Aggghhh!!!!!!!!!!!!" Wani menjerit ketakutan! Ustaz Hamzi menoleh ke belakang. satu lembaga besar berambut panjang berdiri di belakang ustaz Hamzi. Ustaz Hamzi membaca beberapa ayat suci dan memukul lembaga itu. Namun tidak langsung berkesan! Ustaz Hamzi bingung sebengtar. Makhluk apa pula di hadapan nya itu? Sehinggakan apa yang dibacanya tidak memberi sebarang kesan!
     "Arghh!!!!!!!!!!" Kadir menerkam Ustaz Hamzi! Ustaz Hamzi terkunci! Lembaga putih itu masuk ke dalam badan Ustaz Hamzi. Serta merta Ustaz Hamzi pengsan.....Wani memeluk Isteri Ustaz Hamzi. Dia ketakutan!!
(Bersambung..)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails