Followers

Wednesday, August 4, 2010

Toyol dan Kisahnya Ep25

Zul segera bagun dan keluar dari tandas. Tiba-tiba dia terserempak dengan Kadir. "Kenapa kau ni Zul? Macam nampak hantu je?"
"Ttt...Tak!"Zul terus ke mejanya. Tak mampu dia bersemuka dengan Kadir. Kadir pelik dengan kelakuan Zul. Zul duduk di mejanya. Dia oanik sebentar. Apa yang dia perlu buat? Dia harus berjumpa pawang Keman untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin. Nasib baik hujung minggu ini cuti panjang. Dapat juga dia mengasah ilmu nya. Dia bercadang untuk ke kampung itu lagi. Kalau ada Ilham lagi bagus. Tidak juga dia keseorangan.
      Kadir balik ke rumah seperti biasa. Setelah menjemput isterinya dari kampung, mereka belik ke rumah. "Sampai bila kita nak ulang alik macam ni bang?"
"Abang pun tak pasti. Abang tak rasa rumah kita aman seperti dulu."
"Wani pun rasa macam tu bang. Siapa la punya kerja letak hantu dalam rumah kita?"
"Wani tak ada bawak siap-siapa ke rumah kita sebelum ni kan?"
"Tak ada la bang. Mana Wani berani nak bawak orang sebarangan ke rumah."
"Bawa barang yang pelik-pelik?"
"Nak bawak apa bang? Wani ni keluar rumah pun jarang."
Kadir mendiamkan diri. Dia hairan bagaimana toyolnya boleh menuduh Wani yang memberi kebenaran kepada hantu berambut panjang itu masuk ke rumahnya. Jika sebelum ini toyol itu terpaksa merasuk Wani untuk masuk ke rumah mereka, kini toyol itu sudah bebas untuk berkeliaran dalam rumah itu.
     
      Setibanya di rumah, Kadir terlihat kunci pagar rumahnya terbuka. Siapa yang masuk ke rumahnya? Kadir keluar untuk memerhatikan apa yang terjadi. Pintu rumahnya juga terbuka luas. Dia memetik suis lampu. Kadir terkejut melihat dua orang pemuda pengsan di ruang tamu rumahnya. Kadir mengikat mereka dan menjiruskan air ke muka dua orang pemuda itu.
        "Maaf pak!!! Kami tak buat lagi!!" Seorang pemuda beramput agak panjang berbicara setelah sedar dijirus air.
        "Kamu ni siapa? Macam mana boleh pengsan dalam rumah aku ni?" Kadir menepuk-nepuk muka pemuda yang seorang lagi.
        "Kami mengaku tadi kami mahu curi barang dalam rumah ini pak! Tapi ada hantu dalam rumah ini pak! Kami dicekik! Hampir saja kami mati!"
         "Siapa cekik kamu? Macam mana rupa mereka? Tak ada pun kesan kena cekik? Kamu ni betul ke tak?"
          "Sumpah pak! Kami tak bohong! Badannya besar berambut panjang! Berpakaian putih! Mukanya penuh darah!"
           Kadir bingung....bukankah toyolnya sudah halau hantu itu? Macam mana mereka boleh kata mereka nampak hantu itu di dalam rumahnya? Kadir yakin perompak ini tidak berbohong...Kadir melepaskan kedua-dua perompak itu, Mereka lari lintang pukang.
           "Mat! Aku taubat tak mau rompak lagi! Hampir saja kita mati tadi!'
           "Ya Sol! Aku juga begitu! Rupanya seperti hantu raya yang mau bunuh kita!" Kedua-dua perompak itu lari ke jalan besar...
             Kadir bergegas ke biliknya dan mencari bungkusan kuning berisi keris itu. Ah! Sudah hilang dari tempatnya! Siapa yang curi?? Kadir mencari di sekeliling almari. Juga tiada! Habislah kalau jatuh ke tangan porang lain!!..(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails